JAKARTA, 21 MAC – Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto telah sah dipilih sebagai presiden baharu negara kepulauan republik itu.
Kemenangan Prabowo telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU).
Prabowo sebelum ini berdepan 2 pesaingnya dalam Pemilihan Umum (Pemilu) yang diadakan pada 14 Februari lalu.
Dalam pilihan raya tersebut, Prabowo dengan gandingan beliau, Gibran Rakabuming Raka telah mendapat lebih 96 juta undian. Angka tersebut merangkumi 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pengumuman oleh KPU sekaligus mengesahkan keputusan tidak rasmi yang diisytiharkan pada bulan lalu.
Sementara itu, 2 calon pesaing yang lain, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo telah berikrar untuk mencabar keputusan yang diumumkan oleh KPU. – airtimes.my
#AirTimes #Indonesia #Prabowo