SANA’A, 19 NOV – Sebuah kapal dagang yang berlayar di Laut Merah telah ditawan oleh kumpulan Houthi.
Kapal kargo Galaxy Leader yang dalam perjalanan dari Turkiye ke India telah ditawan semasa berlayar di kawasan selatan perairan Laut Merah.
Media timur tengah memetik kenyataan kumpulan Houthi yang mengesahkan kejadian tersebut.
“Kesemua 52 anak kapal telah ditahan dan disiasat, kewarganegaraan mereka sedang dikenalpasti oleh agensi berkaitan,
“Ini merupakan kejayaan kami dalam usaha membantu masyarakat di Gaza,” katanya dalam laporan itu.
Menurut pihak Houthi, mereka mengenalpasti kapal tersebut adalah mempunyai kaitan dengan Israel.
Sementara itu, tentera Israel mengesahkan penahanan kapal tersebut.
Jelasnya, kapal yang ditahan di Laut Merah pada hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Israel dan tiada warganya berada di atas vesel terbabit.
Sebelum ini, pihak Houthi memberi amaran bahawa mereka akan mengesan, menjejak dan menahan mana-mana kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel di kawasan perairan sekitar Yaman. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global