if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Bill O’Reilly celupar hina Malaysia: “Orang Melayu tak ada duit”

Bill O’Reilly celupar hina Malaysia: “Orang Melayu tak ada duit”

by Air Times News Network

NEW YORK, 17 APR – Pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, telah mengeluarkan kenyataan yang menghina apabila mendakwa rakyat Malaysia “tidak mempunyai wang” dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.

 

Kenyataan tersebut dibuat dalam segmen videonya yang mengulas mengenai lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini.

 

“Rakyat di sana langsung tiada duit. Mereka tidak akan beli apa-apa daripada anda (China) sebab mereka tiada wang,” ujar O’Reilly, merujuk kepada negara-negara ASEAN yang dikunjungi Xi.

 

Dalam ulasan tersebut, beliau turut menyindir bahawa lawatan Xi ke negara-negara Asia Tenggara adalah sia-sia, dan mencadangkan ia mungkin hanya bertujuan untuk menyusupkan barangan China di bawah label Vietnam — satu tindakan yang menurutnya “mudah dikesan”.

 

“Orang Melayu (Malays) takkan beli barang kamu. Mereka tiada wang,” katanya sekali lagi, secara jelas mempersendakan kemampuan ekonomi Malaysia.

 

Bill O’Reilly ialah bekas pengacara terkenal Fox News dan dikenali dengan retorik berhaluan kanan serta pandangan kontroversi. Beliau mengendalikan rancangan berpengaruh, The O’Reilly Factor, sebelum digugurkan pada 2017 susulan beberapa dakwaan salah laku.

 

Individu terbabit turut dikaitkan dengan beberapa kes salah laku seksual.

 

Kenyataan terbaharunya ini telah mencetuskan reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dan pemerhati antarabangsa, yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bongkak, tidak berasas dan merendahkan negara membangun seperti Malaysia.

 

Ini bukanlah kali pertama dikritik oleh ruang lingkup arena politik Amerika Syarikat.

 

Pada tahun lalu, soerang lagi ‘pakar’ politik AS, Tucker Carlson mengatakan Kamala Harris

“bekas pendakwa raya yang mempunyai IQ rendah dari California yang berketurunan Samoa dan Malaysia”. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply