Home Pameran PertahananSingapore Air Show 2026Singapore Airshow 2026: C-390 Millennium pertama ROKAF kini di peringkat akhir pemasangan

Singapore Airshow 2026: C-390 Millennium pertama ROKAF kini di peringkat akhir pemasangan

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

​SINGAPURA, 05 FEB – Embraer mengumumkan pesawat pengangkut taktikal C-390 Millennium pertama milik Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) kini telah memasuki peringkat akhir proses pemasangan, menandakan satu lagi kemajuan signifikan dalam program Large Transport Aircraft (LTA-II) negara itu.

​Perkembangan terkini yang diumumkan sempena Pameran Udara Singapura (Singapore Airshow) 2026 itu menyaksikan pesawat berkenaan bakal memulakan siri penerbangan pengeluaran tidak lama lagi sebelum kerja-kerja integrasi sistem khusus dilaksanakan mengikut spesifikasi ROKAF.

​Kejayaan ini meletakkan Korea Selatan sebagai pelanggan pertama C-390 Millennium di rantau Asia, sekali gus membuktikan kemampuan Embraer menembusi pasaran pertahanan yang kompetitif di benua ini.

​Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Bosco da Costa Junior berkata, kemajuan fizikal pesawat itu mencerminkan kecekapan barisan pengeluaran syarikat serta kerjasama erat antara pihak industri dan kerajaan.

​”Kemajuan pesawat C-390 Millennium pertama Republik Korea membuktikan kecekapan dan kematangan barisan pengeluaran kami serta kekuatan perkongsian kami dengan DAPA (Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan), ROKAF dan pembekal kami di Korea.

​”Pesawat ini mewakili keupayaan pelbagai misi termaju dan kebolehpercayaan yang disokong oleh kecemerlangan kejuruteraan untuk ROKAF. Tambahan pula, kerjasama industri dengan Korea sedang berkembang dengan sangat baik dan mengukuhkan rantaian bekalan global kami seiring dengan peningkatan pengeluaran C-390 untuk menyokong pelanggan global,” katanya dalam satu kenyataan.

​C-390 Millennium disifatkan sebagai pesawat pengangkut tentera paling moden dalam kelasnya, dengan kemampuan membawa muatan sehingga 26 tan. Ia memiliki kelebihan kelajuan operasi mencapai 470 knot, lebih pantas dan mampu terbang lebih jauh berbanding pesawat pengangkut sederhana lain di pasaran.

​Pesawat ini direka untuk melaksanakan pelbagai spektrum misi termasuk pengangkutan kargo dan trup, pengguguran payung terjun, evakuasi perubatan, mencari dan menyelamat (SAR), pemadam kebakaran serta operasi kemanusiaan. Ia juga mempunyai keupayaan beroperasi di landasan sementara atau tidak berturap.

​Selain itu, varian yang dikonfigurasi dengan peralatan pengisian bahan api di udara (designated KC-390) mampu beroperasi sebagai pesawat tangki dan juga penerima. Ia juga didakwa mempunyai interoperabiliti penuh dalam persekitaran NATO dan sesuai untuk operasi Agile Combat Employment (ACE).

​Setakat ini, C-390 Millennium telah dipilih oleh pelbagai angkatan udara antarabangsa termasuk Brazil, Portugal, Hungary, Belanda, Austria, Republik Czech, Sweden, Uzbekistan, Slovakia dan Lithuania. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply