Home SemasaGlobalIsrael minta AS sertai operasi ketenteraan hapus program nuklear Iran

Israel minta AS sertai operasi ketenteraan hapus program nuklear Iran

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

WASHINGTON, 15 Jun – Israel dilaporkan, secara rasmi telah memohon terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyertai operasi ketenteraan terhadap Iran dalam usaha memusnahkan program nuklear Iran.

Menurut laporan, menyatakan Israel tidak memiliki bom penembus kubu (bunker-buster) dan pesawat pengebom strategik, sehingga menykarkan keupayaan kemusnahan sepenuhnya kemudahan bawah tanah, manakala AS sebaliknya mampu melancarkan serangan lebih tepat dan mendalam ke sasaran tersebut.

Menurut laporan Axios, memetik dua pegawai Israel, permintaan itu dikemukakan dalam tempoh 48 jam terakhir susulan kebimbangan berterusan terhadap kemudahan pengayaan uranium Iran di Fordow yang dibina jauh di dalam kawasan pergunungan.

Sementara itu, seorang pegawai Israel memberitahu Axios, Presiden Trump menerusi perbincangannya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan penglibatan ketenteraan sekiranya keadaan memerlukan.

Namun, seorang pegawai kanan Rumah Putih, menafikan wujud sebarang keputusan muktamad setakat ini dan menegaskan pihak pentadbiran Trump masih belum mempertimbangkan penyertaan dalam konflik berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pegawai kanan AS mengesahkan kepada Axios bahawa Israel sememangnya telah mengemukakan permintaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Washington berpendirian bahawa sebarang serangan balas Iran terhadap sasaran AS, sekiranya penglibatan ketenteraan terjadi, adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Pada masa sama, Rumah Putih turut memaklumkan, peluang rundingan damai masih terbuka sekiranya Tehran bersedia menghentikan sepenuhnya program nuklearnya, walaupun operasi ketenteraan Israel ke atas Iran kini sukar dihentikan.

“Jalan terpantas ke arah keamanan adalah dengan Iran menghentikan program senjata nuklearnya,” kata seorang pegawai kanan Rumah Putih kepada Axios.

Duta Israel ke Amerika Syarikat, Yechiel Leiter turut memberitahu Fox News, bahawa operasi ketenteraan sedia ada tidak akan lengkap tanpa pemusnahan kemudahan Fordow sepenuhnya.

Sejak permulaan operasi ketenteraan Israel ke atas Iran, soal penglibatan langsung Amerika Syarikat (AS) sering dibangkitkan oleh pegawai Israel semasa perbincangan bersama rakan sejawatan mereka di Washington. -airtimes.my

#Airtimes #Trump #Iran #Israel #AS

Related Articles

Leave a Reply