Home SemasaGlobalWisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Iran, Iraq, Jordan

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Iran, Iraq, Jordan

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 14 Jun – Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) hari ini, mengeluarkan nasihat perjalanan kepada semua warganegara Malaysia susulan ketegangan terkini antara Iran dan Israel yang turut memberi kesan kepada beberapa negara di Timur Tengah.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Baghdad dan Amman.

Ekoran situasi semasa, beberapa negara termasuk Iran, Iraq dan Jordan telah menutup ruang udara mereka sebagai langkah keselamatan.

Justeru itu, warganegara Malaysia yang berada di rantau berkenaan dinasihatkan supaya bersedia menghadapi sebarang gangguan jadual penerbangan dan membuat penyesuaian terhadap rancangan perjalanan masing-masing.

Kementerian Luar turut menyarankan supaya semua warganegara Malaysia menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke kawasan-kawasan yang terjejas berikutan konflik yang masih tidak menentu.

Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang kini berada di Iran khususnya mereka yang berhampiran kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini serta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagi tujuan keselamatan, Wisma Putra turut menggesa agar semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Iran segera mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

KLN menegaskan komitmennya untuk terus memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara menerusi rangkaian pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di kawasan terbabit. – airtimes.my

Nota: Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia diminta segera menghubungi pejabat kedutaan yang berkenaan:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran Alamat: No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb Telefon: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 E-mel: [email protected] / [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq Alamat: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad Telefon: +964 787 859 8775 / +964 786 497 0087 E-mel: [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan Alamat: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183 Telefon: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 E-mel: [email protected]

#Airtimes #KLN #Iran #Iraq #Jordan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply