Home Pertahanan dan KeselamatanLIMA terus menjadi platform perkongsian strategik negara

LIMA terus menjadi platform perkongsian strategik negara

by Zaki Salleh
A+A-
Reset
LANGKAWI 25 MEI – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi komitmen untuk memastikan momentum kecemerlangan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA) diteruskan pada tahun 2027.
Acara ini dilihat kekal relevan kerana LIMA mempunyai maksud dan matlamat yang jauh lebih besar dan komprehensif kepada negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, untuk itu MINDEF serta penganjur memastikan penganjuran LIMA 2027 nanti dirancang teliti.
Menurut beliau, melihat pada angka sepanjang LIMA 2025, penganjuran tersebut menunjukkan positif kepada industri pertahanan negara.
“Ia bukan sekadar melihat aset-aset dan pertunjukan aerobatik, tapi LIMA adalah satu arena sebagai simbol kebanggaan negara berdasarkan fakta-fakta yang saya nyatakan,
“Ia berjaya menarik pengunjung yang sangat ramai dan menarik pertemuan peniaga dengan peniaga,
“LIMA menjadi platform negara dan kerajaan mengikuti perkembangan dalam sektor pertahanan,” ujarnya semasa berucap pada majlis penutup LIMA 2025 di sini pada Sabtu.
Sebagai rekod, edisi ke-17 ini melibatkan kira-kira 860 pempamer yang mana kira-kira 50 peratus adalah syarikat tempatan.
Sehingga hari akhir, LIMA 2025 telah menarik kehadiran 450,000 pengujung walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu pada dua hari terakhir pameran.
Pengunjung bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga terdiri daripada pelancong asing.
Jelas Mohamad Khaled lagi, sebanyak 1,400 pertemuan peniaga dengan peniaga direkodkan manakala 900 melibatkan pertemuan peniaga dengan kerajaan.
“LIMA 2025 secara tidak langsung juga menjadi medan untuk menanam patriotisme dan menarik penyertaan anak-anak muda ke dalam ATM.
“Kita mahu tunjukkan kepada masyarakat bahawa sektor pertahanan dan industri merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan kerajaan demi memastikan kesiapsiagaan negara,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply