Home Pertahanan dan KeselamatanPLKN 3.0: Pelatih Siri 2/2025 diwajib lapor diri sebelum 12 tengah hari ini

PLKN 3.0: Pelatih Siri 2/2025 diwajib lapor diri sebelum 12 tengah hari ini

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Semua individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 diwajibkan untuk melapor diri di kem PLKN masing-masing selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari ini.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan, pelatih perlu hadir mengikut ketetapan dalam surat panggilan rasmi yang telah diterima.

Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan munasabah atau tanpa pengesahan masalah kesihatan daripada pakar perubatan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“JLKN ingin menegaskan bahawa kehadiran pelatih yang terpilih adalah diwajibkan,

“Kegagalan melapor diri tanpa sebab yang sah boleh dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara,” jelas kenyataan itu.

Mengikut peruntukan undang-undang berkenaan, individu yang gagal hadir tanpa sebab yang sah boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk menghasut atau memujuk pelatih agar tidak hadir tanpa kebenaran juga dianggap sebagai kesalahan serius mengikut Seksyen 19(2) akta sama.

JLKN menyeru semua pihak termasuk pelatih, ibu bapa dan penjaga agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kelancaran pelaksanaan program dan pembangunan jati diri generasi muda negara.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian 019-310 1090 (Mej. Muhammad Saufi Hasan), 019-333 2467 (Lt. Muhammad Farish Syahmi Zamri, TLDM) atau 014-234 5989 (Kapt. Muhammad Hatta Mohd Khalid).

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui laman web rasmi JLKN di  https://jlkn.mod.gov.my.-airtimes.my

#pertahanan #PLKN #lapordiri #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply