Home Pertahanan dan KeselamatanTentera LautRaptai LIMA’ 25: Bot TLDM hilang kawalan, tiada kemalangan jiwa

Raptai LIMA’ 25: Bot TLDM hilang kawalan, tiada kemalangan jiwa

by Nurulhuda
A+A-
Reset

LANGKAWI, 15 Mei – Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang kawalan ketika melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ‘25), hari ini.

menerusi satu kenyataan TLDM memaklumkan, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Kesemua anggota kru telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” jelas TLDM dalam kenyataan, hari ini.

TLDM turut memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial, video yang memaparkan sebuah bot TLDM terlibat dalam nahas di Langkawi.

Insiden berkenaan merupakan yang kedua sempena LIMA’25 melibatkan pasukan keselamatan negara selepas pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabas akibat mengalami kerosakan gear pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), minggu lalu. -airtimes.my

#pertahanan #TLDM #LIMA25 #Langkawi #airtimes

Related Articles

Leave a Reply