Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tersilap koordinat, dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa cuai – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Tersilap koordinat, dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa cuai

Tersilap koordinat, dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa cuai

by Zulfadhli Azmie

SEOUL, 14 Mac – Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Korea Selatan telah ditahan pada Khamis lalu susulan kejadian pengeboman tidak disengajakan di sebuah kampung di utara Seoul, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Kementerian itu mengesahkan bahawa kesilapan juruterbang menjadi punca utama insiden pada 6 Mac, apabila dua pesawat pejuang KF-16 secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 di sebuah kampung di Pocheon, berhampiran sempadan Korea.

Akibat kecuaian tersebut, seramai 38 orang cedera, termasuk 24 orang awam.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap yang berpangkalan di Seoul, kedua-dua juruterbang tersebut telah didakwa atas kesalahan kecuaian profesional yang mengakibatkan kecederaan.

Kesalahan berlaku ketika latihan tembak hidup, apabila mereka tersilap memasukkan koordinat sasaran, menyebabkan bom jatuh di luar kawasan latihan yang ditetapkan, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul.

“Komando Siasatan Jenayah di bawah Kementerian Pertahanan telah mengesahkan bahawa kesalahan juruterbang dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama insiden ini,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan memaklumkan bahawa siasatan masih diteruskan.

Jika didapati bersalah, kedua-dua juruterbang tersebut berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 20 juta won ($13,700) di bawah Artikel 268 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman bagi kecederaan akibat kecuaian profesional.

Selain itu, kejadian ini turut mengakibatkan pemecatan dua komander unit yang bertanggungjawab mengawasi protokol keselamatan semasa latihan, selepas mereka didapati gagal memberikan arahan yang jelas kepada anggota di bawah seliaan mereka.-airtimes.my

#airtimes #global #KoreaSelatan #bom #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?