Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3,788 anak anggota tentera terima sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan 3,788 anak anggota tentera terima sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI

3,788 anak anggota tentera terima sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) menyerahkan sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI berjumlah RM189,400 kepada 3,788 murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026.

Sumbangan ini diberikan kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 3 cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut YLTAT, setiap pelajar akan menerima sumbangan sebanyak RM50 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Inisiatif ini katnya, adalah langkah penting dalam usaha YLTAT untuk memperkasa simpanan pendidikan dan memastikan warga ATM mempunyai perancangan kewangan pendidikan yang mampan bagi keluarga mereka.

“Dengan inisiatif ini, YLTAT berharap dapat memberikan sokongan yang kukuh kepada keluarga anggota ATM dalam memastikan masa depan pendidikan anak-anak mereka terus terjamin,

“Sumbangan ini juga selaras dengan aspirasi YLTAT untuk menjadi peneraju dalam memperkasa pendidikan dan kebajikan warga ATM,” kata YLTAT dalam kenyataan pada Jumaat.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Mac 2024, YLTAT yakin inisiatif ini akan menjadi instrumen penting dalam meningkatkan ketersediaan simpanan pendidikan yang berkualiti dan berkesan.

“YLTAT percaya usaha ini bukan sahaja dapat memperkukuh perancangan kewangan anak-anak warga ATM tetapi juga memberi kumpulan sasar ini peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi kelak tanpa bimbang tentang cabaran kewangan,” jelas kenyataan itu lagi.

Ketua Eksekutif YLTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin telah menyerahkan replika cek sumbangan Simpanan Pendidikan MADANI kepada Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kemudian sumbangan tersebut diserahkan kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan masing-masing dalam satu majlis berbuka puasa bersama anggota ATM baru-baru ini.

Sebagai sebuah institusi yang komited terhadap kebajikan anggota ATM dan keluarga mereka, YLTAT akan terus menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM dalam memperkasakan pendidikan dan kebajikan warga pertahanan.

“Inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada keluarga ATM dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak mereka dengan lebih baik dan stabil,” jelas YLTAT lagi. -airtimes.my

#pertahanan #YLTAT #SSPN #simpanan #PTPTN #airtimes

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?