KUALA LUMPUR, 25 Feb – SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) telah melantik Golden Dragon Machineries LDA, sebuah syarikat Timor-Leste sebagai pengedar eksklusif perkhidmatannya di negara tersebut.
Ini termasuk bagi mengimport, memasarkan, pengedaran dan penyelenggaraan sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS).
SWS Inntech merupakan syarikat teknologi Malaysia yang merevolusikan penyimpanan dan pengurusan senjata api dengan sistem penyimpanan senjata pintar inovatif.
Menurut kenyataan SWS Inntech, perjanjian tersebut dimeterai antara Danny Loo Teck Lim, Pengarah Urusan Golden Dragon Machineries LDA dan Brian Lew Yuan Huai, Pengarah Eksekutif SWS Inntech.
Ia ditandatangani semasa Sidang Kemuncak & Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia (AISSE’25) di Putrajaya pada Januari lalu.
Hadir menyaksikan majlis ini Komander Jeneral Policia Nacional De Timor-Leste, Henrique da Costa M.Si.
Kerjasama ini bertujuan untuk mengubah sistem pengurusan senjata pasukan polis negara Timor Leste kepada sistem pematuhan Industri 4.0 moden.
Ini bagi menambah kecekapan, ketepatan dan keupayaan pengesanan masa nyata yang dipertingkatkan.

Perjanjian tersebut dimeterai antara Danny Loo Teck Lim, Pengarah Urusan Golden Dragon Machineries LDA dan Brian Lew Yuan Huai, Pengarah Eksekutif SWS Inntech.
Projek itu melibatkan pembekalan penyelesaian penyimpanan senjata pintar bernilai AS$5 juta (RM22.07 juta) dalam tempoh tiga tahun.
Kemajuan ini mengukuhkan peranan Malaysia yang semakin meningkat dalam penyelesaian keselamatan berteknologi tinggi.
Ini meletakkan SWS Inntech sebagai peneraju dalam inovasi keselamatan global selepas berjaya membida tender kiosPersenjataan Automatik Pasukan Polis Singapura Sistem pada tahun 2023.
Kepercayaan yang diberikan pasukan Polis Timor-Leste terhadap kebolehan syarikat tempatan ini patut dibanggakan.
Ia membuktikan kebolehan SWS sebagai penyelesaian penyimpanan senjata pilihan dan menjadi sebahagian daripada usaha mereka dalam membina sebuah negara yang cekap, selamat dan moden.
Dalam pada itu, SWS Inntech juga melebarkan pengaruhnya ke Timur Tengah menerusi penglibatan pada pameran pertahanan antarabangsa, International Defence Exhibition & Conference (IDEX 2025) lalu di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ini menerusi kerjasama dengan syarikat Tasleeh Holding, iaitu peneraju dalam penyelesaian pertahanan dan keselamatan unggul di UAE.
SWS Inntech memanfaatkan kerjasama ini untuk mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam sektor keselamatan yang berkembang pesat di rantau sebelah sana.
Dengan permintaan yang melonjak untuk penyelesaian keselamatan senjata termaju di Timur Tengah, IDEX 2025 berfungsi sebagai landasan pelancaran kritikal untuk pengembangan serantau jenama itu.
“Timur Tengah kekal sebagai pasaran strategik utama kerana penekanannya pada penyelesaian pertahanan keselamatan tinggi,” kata Brian Lew, Pengarah Eksekutif SWS Inntech.
Sepanjang pameran itu, SWS Inntech terlibat dengan pembuat keputusan berprofil tinggi dari Arab Saudi, Oman dan Qatar, mempamerkan teknologi termajunya secara langsung.-airtimes.my
#Malaysia #airtimes #TimorLeste #penyimpansenjata #keselamatan
