if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia atur pemindahan rakyat Palestin ke penempatan baharu, bantu kurangkan tekanan emosi

Malaysia atur pemindahan rakyat Palestin ke penempatan baharu, bantu kurangkan tekanan emosi

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 25 FEB –  Kementerian Pertahanan (MINDEF) melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan akan bekerjasama terhadap kementerian dan agensi berkaitan dalam urusan pemindahan rakyat Palestin dari Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, pemindahan segera ke penempatan baharu itu bagi mengurangkan tekanan emosi dan mental, sementara menunggu penghantaran pulang ke Mesir.

“Pergerakan yang terhad di dalam WTKL sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka yang telah menginap di WTKL lebih empat bulan lamanya,” jelasnya dalam penyataan jawapan lisan di Parlimen Dewan Rakyat semalam,

Susulan, Khaled memaklumkan WTKL merupakan kawasan zon keselamatan dan larangan kepada orang awam serta perlu mendapatkan keizinan dan kelulusan daripada pihak keselamatan ATM terlebih dahulu untuk pergerakan keluar masuk.

Sehubungan itu, Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dipertanggugjawab dalam urusan kebajikan dan pembayaran untuk penempatan sementara rakyat Palestin serta dibantu oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selaras keputusan Jemaah Menteri pada 8 Januari 2025.

Khaled turut menjelaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan menyelaraskan aspek keselamatan di penempatan sementara.

Pada masa sama, Khaled memaklumkan, MINDEF melalui Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) sedang berunding dengan Pihak Berkuasa Mesir secara intel-to-intel bagi memuktamadkan kaedah dan proses penghantaran pulang rakyat Palestin ke Mesir.

MINDEF optimis bahawa rundingan ini akan berjaya mengambilkira perkembangan konflik semasa di Gaza yang semakin baik susulan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran rakyat Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel serta pembebasan tebusan oleh Hamas dengan Israel berjaya dilaksanakan sejak 15 dan 20 Januari 2025.

Insiden kekecohan rakyat Palestin di WTKL yang berlaku pada 4 Januari 2025 seperti tular di media sosial lalu, adalah disebabkan tekanan emosi sebilangan individu rakyat Palestin yang ingin dihantar pulang ke Mesir dengan kadar segera.

Bagaimanapun, Khaled berkata lagi, insiden kekecohan berkenaan dapat dikawal baik oleh pihak pengurusan WTKL tanpa menimbulkan sebarang pergaduhan atau kecederaan. -airtimes.my

#AirTimes #Palestin #WTKL #MINDEF #ATM #KDN #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply