KUALA LUMPUR, 18 Feb – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) melaksanakan latihan Air Mobility Tactical Operation 2025 (AMTOP 2025) sejak semalam sehingga 25 Februari 2025.
Latihan yang berlangsung di sekitar Kota Belud, Tawau, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan meningkatkan tahap kompetensi serta kesiapsiagaan anggota TUDM dalam melaksanakan operasi.
Menurut TUDM, latihan ini akan melibatkan penerbangan taktikal dan pengguguran udara, selain penyertaan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dalam pelbagai senario operasi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM melakukan penerbangan taktikal sepanjang tempoh latihan ini berlangsung.-airtimes.my
#TUDM #latihan #AMTOP #PASKAU #pertahanan #Sabah #airtimes