ISTANBUL, 9 FEB – Negara-negara Arab mengecam cadangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di Arab Saudi, pada Sabtu.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai pencabulan terhadap kedaulatan kerajaan itu serta undang-undang antarabangsa dengan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka.
Tambahnya lagi, ia bersifat perkauman dan anti-perdamaian serta pelanggaran terhadap kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu.
Susulan, kenyataan tersebut menyatakan sokongan penuh kepada Arab Saudi dalam menghadapi provokasi Israel dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam kenyataan Netanyahu.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh berkata, Israel menyasarkan kedaulatan Arab Saudi, sekaligus menyifatkan pandangan Netanyahu sebagai pelanggaran undang-undang serta konvensyen antarabangsa.
Di samping, beliau turut memuji pendirian Arab Saudi yang konsisten menegaskan kepentingan pelaksanaan ketetapan antarabangsa serta komitmennya terhadap penyelesaian dua negara sebagai asas kepada keselamatan, kestabilan dan keamanan di rantau ini.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan turut menegaskan untuk menolak sepenuhnya kenyataan semberono yang mengancam keselamatan dan kedaulatan Arab Saudi.
“Kestabilan dan keselamatan negara Saudi adalah sebahagian daripada kestabilan dan keselamatan Mesir serta negara-negara Arab yang tidak boleh dikompromi,” menurut kenyataan itu.
Lanjutan, ia sebagai tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh diterima.
Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sudan menganggap kenyataan Israel itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyifatkan sebagai sebahagian daripada penafian berterusan Israel terhadap hak sejarah, politik dan perundangan rakyat Palestin ke atas tanah air mereka.
OIC turut mengulangi , “penolakan dan kecaman terhadap sebarang rancangan atau usaha untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka, yang dianggap sebagai satu bentuk pembersihan etnik, jenayah, dan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.”
Netanyahu sebelum ini mencadangkan agar Palestin ditubuhkan di Arab Saudi dan bukan di tanah air mereka sendiri, serta menolak sebarang pengiktirafan terhadap kedaulatan Palestin. -airtimes.my
#AirTimes #ArabSaudi #Palestin #Israel