KUALA LUMPUR, 28 Jan – Tahun 2024 menjadi tahun yang penuh dengan pencapaian gemilang bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dengan pelbagai kejayaan yang membanggakan dalam bidang sukan dan inovasi.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, menjelaskan, barisan atlet TLDM terus menunjukkan semangat juang yang luar biasa dalam semua acara sukan yang dipertandingkan, terutama dalam Kejohanan Antara Perkhidmatan (ISG ATM).
“Mengekalkan kejuaraan dalam ISG ATM selama 15 tahun berturut-turut adalah sesuatu yang sangat luar biasa,
“Selain dari kejayaan menjuarai kejohanan ISG ATM, TLDM juga mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan atlet kita dalam pelbagai kejohanan,” jelasnya dalam Perutusan Tahun Baharu 2025 Panglima Tentera Laut, yang disiarkan melalui saluran You Tube TLDM, hari ini.
Menurut Zulhelmy, tahun 2024 juga menyaksikan pencapaian besar dalam bidang inovasi, di mana TLDM telah membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing di peringkat global.
“Di antaranya, produk inovasi Compact Tactical Light (CTL) dan Bio Chain Lub (BCL) berjaya meraih anugerah perak di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2024 di Korea Selatan,
“Selain itu, projek-projek inovatif seperti Mosquito Killer Trap (MOSKIT), Modul Request for Proposal (RFP) Pemasangan Solar PV, Mobile Communication Intelligent (Mobile COMINT), My Island and Geographic Entities (MyIGE), serta Emergency Multipurpose Life Bag turut mendapat pengiktirafan dalam setiap program yang dipertandingkan,
“Ini secara tidak langsung dapat memperkukuh imej TLDM sebagai peneraju inovasi dan menyuburkan pembudayaan inovasi di kalangan the Navy People,”ujarnya lagi.
Pencapaian ini tidak hanya memperkukuh imej TLDM sebagai peneraju inovasi, tetapi juga menonjolkan semangat pembudayaan inovasi di kalangan warga TLDM, yang terus berusaha untuk memajukan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.-airtimes.my
#pertahanan #airtimes #TLDM #sukan #perutusan #Malaysia