Home Pertahanan dan Keselamatan Pembinaan 513 unit RKAT Lok Kawi dijangka siap Ogos ini – Mohamed Khaled

Pembinaan 513 unit RKAT Lok Kawi dijangka siap Ogos ini – Mohamed Khaled

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 23 Jan – Projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Lok Kawi dijangka siap pada 4 Ogos tahun ini, sekaligus memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek bernilai RM188 juta itu bakal memberi manfaat kepada 513 buah keluarga warga pertahanan yang bertugas di kem tersebut.

“Saya dimaklumkan mengenai pelbagai projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan, termasuk pembinaan 513 unit RKAT di Kem Lok Kawi,

“Projek bernilai RM188 juta ini dijangka siap pada Ogos tahun ini,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pembinaan RKAT di Kem Lok Kawi, pada Rabu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan telah menerima taklimat daripada Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin, mengenai pengoperasian dan perancangan divisyen tersebut.

Selain itu, beliau turut melawat projek pembinaan kem baharu di Lahad Datu dan Kota Belud yang dirancang bagi meningkatkan infrastruktur pertahanan di negeri ini.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan terus meneliti isu-isu berkaitan bagi memastikan tahap kesiagaan ATM berada pada tahap tertinggi.

“Pada masa yang sama, kesejahteraan anggota dan keluarga mereka akan sentiasa diberi keutamaan,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#pertahanan #ATM #RKAT #kebajikan #MINDEF #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?