Home SemasaGlobal Insiden tembak jatuh AZAL 8243: Putin mohon maaf kepada Azerbaijan

Insiden tembak jatuh AZAL 8243: Putin mohon maaf kepada Azerbaijan

by Zulhaizi Rosdi

MOSCOW, 29 DIS – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengemukakan permohonan maaf kepada rakan sejawatannya dari Azerbaijan berhubung insiden nahas udara Azerbaijan Airlines, AZAL 8243.

Permohonan maaf tersebut dinyatakan oleh Putin melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kremlin.

“Vladimir Putin mengemukakan permohonan maaf terhadap insiden tragik yang berlaku di ruang udara Rusia.

“Beliau sekali lagi merakamkan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan Kremlin itu tidak menyebut sama ada Rusia telah menembak jatuh pesawat itu.

Pesawat penerbangan AZAL8243 dilaporkan terhempas pada 25 Disember lalu, dua Lapangan Antarabangsa Aktau, Kazakhstan.

Ketika kejadian, pesawat Embraer 190AR itu sedang membawa 67 penumpang termasuk anak kapal. Nahas yang berlaku telah mengorbankan 38 nyawa termasuk 2 juruterbang dan seorang anak kapal.

29 lagi terselamat dan mengalami pelbagai kecederaan.

Menteri Pengangkutan Azerbaijan, Rashad Nabiyev sebelum ini menyatakan pesawat dipercayai telah ditembak dengan senjata anti pesawat semasa dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kadyrov Grozny di Chechnya, Rusia.

Beliau turut menyatakan laporan keterangan saksi yang memberitahu berlaku 3 letupan semasa pesawat berada di ruang udara di Grozny.

Selain itu, sumber yang mengetahui siasatan awal memberitahu Reuters bahawa pertahanan udara Rusia secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat penerbangan komersial itu.

Insiden AZAL8243 ini secara langsung mengingatkan nahas udara yang melibatkan MH17 yang berlaku pada 17 Julai 2014.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, menyebabkan seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Siasatan Belanda menyatakan peluru berpandu BUK Rusia bertanggungjawab dalam nahas MH17, namun Rusia menafikan penglibatan dalam insiden itu. -airtimes.my

#pesawatterhempas #Rusia #Putin #nahaspesawat #Azerbaijan #AZAL8243

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?