Home DiskusiElak terjerat helah scammer, beringat sebelum terkena

Elak terjerat helah scammer, beringat sebelum terkena

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

Peningkatan dan perkembangan perluasan teknologi kini menjadi salah satu medium yang meliputi banyak kemanfaatan malah tidak kurang juga seolah membuka peluang dan alternatif baharu penjenayah untuk menjalankan modus operandi dengan lebih mudah dan ekstrem.

Jenayah adalah suatu perkara yang tidak asing lagi yang berlaku dalam masyarakat dan negara, lebih-lebih dengan keadaan ekonomi kini yang agak tidak stabil membuatkan seseorang bertindak lebih drastik. Hal ini, arus kemajuan dalam pemodenan telah mendorong penjenayah bersikap semakin licik dan mendesak dalam mendapatkan kemahuan mahupun keperluan.

Walaupun, dunia kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur dan akses keselamatan yang mampu melindungi daripada sebarang ancaman, jenayah tetap berlaku dengan secara penipuan atas talian. Lebih-lebih lagi, jenayah komersil yang ditakrifkan suatu jenayah penipuan melibatkan wang ringgit dan harta benda seseorang kian meningkat.

Hal ini, dapat diklarifikasikan untuk tahun ini sahaja jenayah komersil ‘scammer‘ dilaporkan meningkat, di mana jumlah kerugian wang mencecah sebanyak RM1.78 bilion dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan nilai purata kerugian jenayah ini anggaran sekitar RM7.9 juta dalam tempoh sehari. Ini menunjukkan bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil remeh bahkan sangat membimbangkan dan serius.

Jenayah penipuan sindiket berbentuk secara pishing antara yang sering berlaku ke atas mangsa menerusi pautan yang diberi pada e-mel, teks mesej atau laman sesawang palsu yang diguna oleh pengguna sebelum terperangkap dengan tipu daya penjenayah.

Melalui taktik tersebut, scammer memperoleh maklumat peribadi daripada mangsa dengan cepat yang sekaligus membawa kepada keuntungan. Daripada itu, para pengguna harus bertindak untuk sentiasa berwaspada atas setiap maklumat yang diterima dan rangkaian yang digunakan.

Penyamaran sebagai entiti individu yang mudah dipercayai dan berpengaruh antara taktik yang sering digunakan, iaitu dengan cara menghubungi mangsa atas talian (‘phone scam’). Misalnya, scammer memperkenalkan dirinya sebagai wakil pihak bank, agensi-agensi kerajaan, syarikat perniagaan mahupun pihak berkuasa. Pendekatan licik ini sedikit sebanyak bermain dengan psikologi dan mempengaruh minda mangsa secara memanipulasi dengan janji-janji manis yang ditawarkan.

“Kebiasaannya, penjenayah akan menggunakan profil dan gambar palsu untuk menarik perhatian mangsa (Whitty 2013) dan gaya bahasa untuk menarik perhatian dan seterusnya memerangkap mangsa.” (Cukier, Nesselroth & Cody 2007).

Justeru, pengguna teknologi dan media sosial ditegaskan untuk berhati-hati dan mengambil langkah awal dengan mencegah dan membuat perlindungan untuk keselamatan diri iaitu melakukan pemasangan perisian antivirus serta meletakkan kata kunci bagi perlindungan data peribadi.

Di samping, pengguna tidak harus terlalu mendedahkan maklumat peribadi dan mempercayai maklumat dengan melulu tanpa mengetahui kesahihan sumber tersebut. Dalam pada itu, mangsa yang terjerat dengan penipuan disarankan untuk mengumpul bukti dan rekod insiden terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa yang berperan penting. Khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab dalam penyiasatan bagi membanteras jenayah tersebut.

Berikutan, terdahulu pada tahun (2019), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), penipuan kad kredit, penipuan perbankan atas talian, penipuan wasiat, penipuan insuran, penipuan antarabangsa, penipuan cinta dan penipuan bungkusan antara yang disenaraikan sebagai jenayah dilakukan oleh scammer.

Kesedaran terhadap jenayah memberi impak yang parah ini seharusnya ditekankan dari semasa ke semasa terutama golongan remaja dan warga berusia yang kurang mahir penggunaan teknologi serta pendedahan berkenaan taktik scammer. Secara tidak langsung, mereka menjadi golongan yang menjadi sasaran utama untuk dimanipulasi dalam sindiket penipuan ini.

Dengan itu, pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan pemantauan atas kegiatan penipuan terancang dan pengguna perlu peka. Hal ini kerana, taktik merbahaya scammer ini saban hari penjenayah semakin bijak dan krearif bahkan berubah-ubah dalam modus operandi yang dilakukan ke atas mangsa. -airtimes.my

#AirTimes #Scammer #Sindiket #JenayahKomersil #PDRM #MCMC #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply