Home Diskusi AI jadi perisai pintar dalam memerangi ancaman siber

AI jadi perisai pintar dalam memerangi ancaman siber

by Aqilah Azman

Kemajuan dan ketangkasan pembangunan teknologi dalam era moden kini, dilihat semakin giat berkembang seiring peralihan era dari semasa ke semasa. Malaysia turut tidak terkecuali dalam melangkah maju ke arah transformasi digital dan menyaingi negara-negara lain yang menjadikan teknologi sebagai alat pemacu kepada pembangunan negara.

Seiring evolusi dunia digital yang menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian manusia, kini semakin bercambah dalam pelbagai bentuk dan fungsi serta keunikan tersendiri. Kreativiti dalam menginovasikan penghasilan teknologi mengikut kesesuaian, telah memudahkan dan mempercepatkan urusan bahkan memenuhi keperluan dan kehendak manusia pada hari ini.

Namun, keupayaan teknologi yang canggih serta memiliki kelebihan, mampu menjadi barah secara halus sekiranya tidak dimanfaatkan ke arah yang berguna. Kecepatan dan kecerdasan yang ada pada teknologi moden, membuatkan sesetengah individu bersikap berlebihan dalam penggunaannya. Tambahan pula, kebijaksanaan dan kemahiran yang ada pada diri mereka, juga mengakibatkan sesetengah dari mereka menggunakannya dengan secara salah untuk mendapatkan apa yang diingini, walau mendatangkan kemudaratan serta risiko.

Susulan, peningkatan kadar jenayah siber kini yang semakin membimbangkan, kes ancaman tersebut menjadi semakin kompleks dan lebih mencabar. Lebih-lebih lagi ancaman serangan siber ini membabitkan organisasi berurusan data peribadi sama ada dalam pengurusan kewangan mahupun telekomunikasi dijangka terus meningkat.

Kecekapan dan mahir dalam mengeksploitasi secara mengaburi dan memerangkap mangsa, adalah antara taktik yang dilakukan oleh pelaku terhadap mangsa iaitu dengan cara menipu dalam mendapatkan wang mahupun harta.

Bagaimanapun, kemunculan teknologi baharu Artificial Intelligence (AI) yang meliputi kelebihan sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahan iaitu mampu melindungi insfratruktur kritikal dan data yang sensitif dalam sesebuah negara, walaupun terdapat kelemahan jika terlalu bergantung terhadap pengunaannya.

Meskipun, sebelum ini ada yang berpendapat mengenai impak keburukan penggunaan AI, di mana dianggap telah memonopolisasi sebahagian pekerjaan yang menggunakan tenaga fizikal. Namun terdapat juga faedah yang boleh diperoleh melalui perisian teknologi canggih ini bagi memastikan keselamatan terjamin.

Dengan kecerdasan AI, segala ancaman jenayah siber dapat dikawal dan dihentikan daripada terus berleluasa. Selain merangkumi keupayaan yang dikira menggantikan daya tenaga manusia ini, ia juga mempunyai kelengkapan dan ciri dari segi sistem keselamatan.

AI mampu mengesan, mencegah serta bertindak balas dengan pantas terhadap serangan siber selain bertanggungjawab dalam melindungi rangkaian data daripada bocor dan terlepas ke tangan yang tidak bertanggungjawab.

Pengesanan dilakukan secara automatik dengan mengenal pasti corak atau tingkah laku yang mencurigakan dalam data rangkaian. Seterusya, mempunyai analisis forensik serta pemulihan yang menganalisis data log, juga membantu dalam pemulihan serta memperbaiki sistem yang terjejas.

Kaedah Pishing dan Social Engineering juga antara kaedah AI yang akan mengesan emel yang curiga, pautan berbahaya, lampiran yang mengandungi malware serta menganalisis mesej, laman sesawang dengan teliti dan cepat. Namun begitu, sistem keselematan AI ini mengikut kesesuaian dengan keperluan dan ancaman yang sering berubah.

Selain itu, peran AI ini secara tidak langsung menjimatkan masa berbanding kaedah yang dijalankan secara tradisional, di samping mengesan keabnormalan, menghalang akses yang tidak sah serta perkara yang mencurigakan.

Menerusi pemanfaatan perisai pintar sejajar dengan peningkatan kepakaran dan keselamatan siber di ketika ini, mampu membendung dari penularan jenayah siber yang semakin mengganas.  Dengan itu, teknologi yang dilihat semakin penting ini telah menjadi keutamaan dalam kehidupan yang penuh tipu helah. Demikian, sekaligus inovatif dalam pembangunan teknologi siber sebagai satu potensi dalam memacu kemajuan sesebuah negara yang berkeupayaan mengurangi kadar jenayah. -aritimes.my

#AirTimes #AI #Teknologi #Ancamansiber #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?