Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat Malaysia, India latih bersama atasi cabaran keselamatan serantau

Tentera Darat Malaysia, India latih bersama atasi cabaran keselamatan serantau

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Eksesais bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat India (TDI), HARIMAU SHAKTI Siri 6/2024, kini berlangsung di Kem Bentong, Pahang.

TDM dalam hantaran di laman media sosialnya berkata, eksesais yang dianjurkan oleh Formasi Briged Ke-11 Infantrai Malaysia (11 Bgd) ini bermula dari 2 hingga 15 Disember depan.

Latihan yang melibatkan 22 pegawai dan 154 anggota daripada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) ini turut mendapat sokongan beberapa pasukan bantuan.

Sementara itu, TDI diwakili oleh 7 pegawai dan 71 anggota dari 11 Mahar Regiment.

Upacara pembukaan eksesais telah disempurnakan oleh Panglima Briged Kesebelas Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Shahir Hafizul Abd Rahman pada Isnin lalu di Padang Kawad 25 RAMD.

Latihan ini dibahagikan kepada 3 fasa utama, iaitu Cross Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX), dengan fokus kepada taktik, prosedur, dan operasi ketenteraan dalam situasi kompleks.

Melalui eksesais ini, kedua-dua negara berkongsi kepakaran dalam pelbagai aspek operasi ketenteraan.

“Latihan ini bukan sahaja meningkatkan interaksi antara pasukan, tetapi juga memberi peluang untuk kedua-dua negara berkongsi kepakaran dalam pelbagai aspek operasi ketenteraan, serta memperkukuh hubungan diplomatik dan pertahanan,

“Melalui eksesais seperti HARIMAU SHAKTI, kedua-dua tentera dapat mempertingkatkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks,” ujar Panglima 11 Bgd dalam ucapannya.

Eksesais ini merupakan eksesais kali keenam yang diadakan melibatkan dua buah negara.

Eksesais HARIMAU SHAKTI menjadi platform penting untuk meningkatkan keupayaan operasi bersama sambil memupuk kerjasama erat antara TDM dan TDI.-airtimes.my

#TDM #TDI #Malaysia #India #pertahanan #latihan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!