Home SemasaKehadiran USS ABRAHAM LINCOLN detik bersejarah untuk Malaysia

Kehadiran USS ABRAHAM LINCOLN detik bersejarah untuk Malaysia

by M.Daim
A+A-
Reset

PELABUHAN KLANG, 23 NOV – Kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy), USS ABRAHAM LINCOLN selamat tiba di Terminal Feri Cruise, Pelabuhan Klang, hari ini.

Kapal induk itu tiba dan berlabuh sekitar 8 pagi Sabtu.

Kehadiran kapal ini disambut oleh Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Pembangunan & Kontigensi, Laksma Mohd Adzam Omar.

Ketibaan USS ABRAHAM LINCOLN menjadikan ianya kapal induk yang pertama untuk tiba dan berlabuh di negara ini semenjak tahun 2012.

Menurut Unit Perhubungan Awam Abraham Lincoln Carrier Strike Group dalam satu kenyataan., kehadiran kapal induk ini merupakan lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.

Menurut kenyataan itu, lebih 4,200 kelasi dan tentera Marin yang bertugas di kapal Abraham Lincoln akan berpeluang menikmati budaya dan sejarah Malaysia.

“Sepanjang berada di Malaysia, krew Abraham Lincoln berpeluang mengunjungi kawasan setempat melalui lawatan yang disediakan dan menjalankan projek khidmat masyarakat (COMREL) dengan menjadi sukarelawan di dapur amal, rumah kebajikan warga emas, dan rumah kebajikan kanak-kanak,’ katanya.

Sementara itu, Duta Besar A.S. ke Malaysia, Edgard D. Kagan menegaskan kehadiran USS ABRAHAM LINCOLN turut disifatkan sebagai satu detik bersejarah dalam mengeratkan hubungan kedua-dua negara.

“Lawatan bersejarah ini menegaskan semula kepentingan Malaysia kepada Amerika Syarikat,

“Ia jelas menunjukkan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau dan kedaulatan Malaysia, sambil memberi peluang untuk kerjasama antara tentera laut dan pemimpin kedua-dua negara,” jelas Kagan.

Sebelum berlabuh di Pelabuhan Klang, kapal Abraham Lincoln menerima lawatan tetamu kehormat dari Malaysia, termasuk pegawai kerajaan dan media.

Mereka diberi peluang melawat kapal, menyaksikan operasi penerbangan, dan berinteraksi dengan kelasi Tentera Laut A.S.

Semasa berada di pelabuhan, Abraham Lincoln juga akan terus mengeratkan hubungan dua hala dengan menerima pemimpin Malaysia untuk lawatan eksklusif.

“Lawatan kami ke Kuala Lumpur adalah penting bagi Tentera Laut A.S. Ini merupakan kali pertama kapal pengangkut pesawat melawat Malaysia dalam tempoh 12 tahun,

“Saya amat menghargai peluang untuk mengukuhkan hubungan antara A.S. dan Malaysia sambil memberikan peluang kepada kelasi dan tentera Marin kami untuk menikmati keunikan bandaraya Kuala Lumpur,” kata Laksamana Muda Adan Cruz, komander Carrier Strike Group (CSG) 3.

Sementara itu, Kapten Pete Riebe, pegawai pemerintah USS ABRAHAM LINCOLN merakamkan penghargaan kepada Malaysia yang menyambut ketibaan mereka di negara ini.

“Bagi pihak krew USS ABRAHAM LINCOLN, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur atas sambutan hangat yang diberikan kepada kapal kami,

“Kami berharap dapat menerokai sejarah dan budaya Malaysia yang kaya, serta berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Kami juga berbesar hati menerima lawatan pegawai kerajaan serta anggota Tentera Laut Diraja Malaysia sewaktu USS ABRAHAM LINCOLN di Pelabuhan Klang,” kata Riebe.

USS ABRAHAM LINCOLN merupakan kapal induk kelas NIMITZ ke-5  yang dioperasikan oleh US Navy.

Kapal diberikan nama jolokan Abe ini menempatkan pelbagai skuadron udara yang mengoperasikan F/A-18 E/F Super Hornet, F-35C Lightning II,  EA_18G Growler, dan E2D Hawkeye.

Operasi kapal induk ini turut didukung oleh helikopter MH-60S dan MH-60R.

Selain itu, USS ABRAHAM LINCOLN merupakan kapal induk dalam Abraham Lincoln Carrier Strike Group. Kumpulan armada ini Group kini menjalankan operasi rutin di kawasan operasi Armada ke-7 A.S.

Armada ke-7 A.S. merupakan armada bernombor terbesar yang dikerahkan ke hadapan dalam Tentera Laut A.S., dan secara rutin berinteraksi serta beroperasi dengan sekutu dan rakan kongsi untuk memelihara kawasan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #USSAbrahamLincoln

Related Articles

Leave a Reply