BEIRUT, 3 NOV –Seorang individu dipercayai berstatus profil tinggi Hezbollah telah ditawan oleh komando Israel dalam satu operasi yang dilancarkan di Batroun.
Kejadian yang berlaku di bandar pesisir utara Lubnan itu telah disahkan oleh pihak tentera Israel dan Hezbollah.
Media rasmi Lubnan menyatakan pihak keselamatan Beirut yang mengesahkan kejadian pendaratan ‘sekumpulan individu bersenjata’ di Batroun pada pagi Jumaat.
“Kumpulan bersenjata tersebut lengkap bersenjata dan telah memasuki sebuah chalet berdekatan,
“Mereka kemudiannya menculik seorang warga lelaki warga Lubnan dan keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan bot berkelajuan tinggi,” kata laporan itu.
Stesen televisyen swasta Lubnan, Lebanese Broadcasting Corporation Internasional (LBCI) melaporkan individu yang diculik oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai komando Israel dikenali Imad Amahaz.
“Imad merupakan seorang kapten kapal yang sedang mengikuti kursus tambahan di Institut Sains dan Teknologi Maritim di Batroun, kira-kira 30 kilometer dari Beirut,” kata laporan itu.
LBCI turut memetik kenyataan saksi yang menyatakan Imad telah diheret keluar dari chalet oleh kumpulan bersenjata yang berpakaian awam yang mendakwa individu terbabit ditahan atas jenayah dadah.
“Penduduk tempatan melaporkan bahawa kumpulan ini bertutur dalam bahasa Arab Lubnan, dan memperkenalkan diri mereka sebagai agensi keselamatan,” kata laporan itu.
Media Lubnan yang lain mendakwa Imad merupakan mempunyai kaitan dengan Hezbollah.
Kumpulan bersenjata dan parti politik Lubnan, Hezbollah menafikan lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan mereka.
Sementara itu, Israel mengesahkan mereka telah melancarkan operasi yang melibatkan komando tentera laut. – airtimes.my
#airtimes #Lubnan #Israel #Batroun #Hezbollah
