Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Taufan Kristine: 1.3 tan bekalan khemah diterbangkan ke kawasan bencana

Taufan Kristine: 1.3 tan bekalan khemah diterbangkan ke kawasan bencana

by Nurulhuda

FILIPINA, 29 Okt – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Filipina dengan menghantar bantuan logistik untuk mangsa bencana di kawasan Bandar Legazpi, Bicol.

Memasuki hari kedua, misi semalam melibatkan penghantaran 1.3 tan tarpaulin kanvas untuk penempatan sementara mangsa yang terjejas.

Bekalan tersebut diterbangkan dari Pangkalan Udara Villamor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol menggunakan pesawat EC 725 AP TUDM dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

“Semasa melaksanakan misi tersebut, keadaan cuaca baik pada waktu pagi, namun pada sebelah petang keadaan berjerebu menyebabkan jarak penglihatan terhad, selain tiupan angin kencang,

“Walaupun berdepan cabaran, pengalaman dan kepakaran anak kapal EC 725 AP berjaya memastikan misi disempurnakan,” jelas TUDM dalam kenyataan pada Isnin.

TUDM memaklumkan, pesawat dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri TUDM, bersama Kapt Fikry TUDM sebagai pembantu juruterbang, serta disertai seorang kuartermaster udara, 3 anggota teknikal dan seorang anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Sementara itu, Ketua Staf Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Romeo Saturnino Brawner Jr. turut meluangkan masa melawat pasukan TUDM, serta pasukan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang terlibat dalam misi HADR pada hari tersebut.-airtimes.my

#TUDM #Malaysia #Filipina #HADR #taufan #airtimes #TUDM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!