1.1K
KUALA LUMPUR, 15 OKT – Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang sepatutnya berlangsung pada pagi Selasa terpaksa ditangguhkan seketika ekoran kejadian banjir di ibu negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan penangguhan tersebut dengan menyatakan bahawa sesi yang dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hanya akan dimulakan 30 minit kemudian.
Penangguhan ini dibuat bagi memberi laluan kepada beberapa ahli parlimen dan kakitangan yang terjejas untuk tiba di Dewan Rakyat.
Sesi persidangan Parlimen dijangka berakhir pada petang ini jika tiada sebarang penangguhan tambahan. – airtimes.my
#AirTimes #Parlimen
