Home DiskusiUSCGC STEADFAST: Kapal hibah AS bakal penjaga perairan Malaysia

USCGC STEADFAST: Kapal hibah AS bakal penjaga perairan Malaysia

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

‘Drug Buster’, itu antara gelaran diberi bagi kapal USCGC STEADFAST (WMEC-623) yang dibina oleh American Ship Building Company, Lorain, Ohio.

Demikian, kapal yang juga diiktiraf sebagai pemotong (cutter) dari United States Coast Guard (Penjaga Pantai Amerika) atau nama lainnya “El Tiburón Blanco” ini, berjaya dalam beberapa operasi pemeriksaan dan penahanan kapal yang menyeludup dadah.

STEADFAST yang bermaksud teguh atau kuat ini telah ditauliahkan pada 7 Oktober 1968 dan telah berkhidmat lebih 50 tahun.

Setelah itu, STEADFAST ditauliahkan semula pada Februari 1994 dan dipindahkan ke rumah di Astoria, Oregon sehingga penamatannya pada 1 Februari 2024, baru-baru ini.

Keutamaan kapal ini dengan menjalankan tugas operasi keselamatan maritim, penguatkuasaan undang-undang, misi mencari dan menyelamat (SAR), menjaga keselamatan nasional di perairan Amerika Syarikat.

Berikutan, ia bertumpu kepada tangkapan kapal-kapal yang terlibat dalam penyeludupan dadah dari Amerika Selatan ke Amerika Utara.

Selain itu, USCGC STEADFAST ini merupakan salah satu daripada lima perkhidmatan bersenjata Amerika Syarikat bersama Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Angkatan Angkasa dan juga cawangan Angkatan Tentera A.S. dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Selaras dengan arus pemodenan dan peningakatan dari segi teknologi dan persenjataan, penambahbaikan telah dilakukan ke atas sistem navigasi, komunikasi, sistem persenjataan yang akan menjadikannya lebih efektif dalam operasi tempur.

Dengan itu, mampu berlayar dalam tempoh yang lama tanpa perlu kembali ke pelabuhan dalam membantu menyekat penghantaran dadah bernilai berjuta-juta dolar yang cuba dibawa ke Amerika Syarikat.

Di samping, kapal ini juga membantu merampas sejumlah besar dadah yang cuba dipindahkan menerusi laluan laut yang tidak sah malah turut menentang penyeludupan dadah antarabangsa terutama perairan lautan pasifik timur dan Teluk Mexico.

Kapal ini juga dipindahkan ke St Petersburg, Florida untuk 25 tahun perkhidmatan setelah tamat perkhidmatannya untuk Major Maintenance Availabality (MMA) pada tahun 1992.

Untuk pengetahuan, kapal USCGC STEADFAST ini telah berjaya dalam operasi antinarkotik antarabangsa dengan menjalankan rondaan di lautan pasifik dan atlantik.

Justeru, menjadi asset penting dalam misi pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan laut.

Ini jelas terbukti bilamana berjaya merampas bertan-tan Kokain dan bahan-bahan terlarang yang lain serta memberkas penyeludup dalam misi maritim yang kompleks.

Misi tersebut menggunakan kapal-kapal kecil yang dikenali ‘narco-subs’ bagi sesuatu penangkapan yang turut menahan kartel dadah.

Dalam pada itu, USCGC STEADFAST bekerjasama dengan antarabangsa dalam menangani jenayah laut menerusi khidmat yang disumbangkan untuk menyelamatkan puluhan nyawa.

USCG STEADFAST turut menerima penghargaan, atas pencapaian dalam mennguatkuasakan undang-undang operasi keselamatan nasional dan pencarian serta penyelamatan.

Antaranya dengan menyelamatkan pelaut dan kapal yang terperangkap dalam cuaca yang buruk mahupun kecemasan di tengah perairan.

Penghargaan tersebut bagi mengiktiraf ketabahan kru dan kecekapan kapal dalam mendepani pelbagai cabaran maritim di mana turut melindungi sumber perikanan Amerika Syarikat serta mencegah penangkapan ikan tanpa lesen.

Secara tidak langsung, menjadikannya asset paling berharga dalam menjaga pantai dan melindungi keselamatan perairan serta kepentingan maritim negara.

Related Articles

Leave a Reply