Home Pertahanan dan Keselamatan Konflik Hezbollah-Israel: Tentera Malaysia diarah berlindung dalam ‘bunker’ hampir 13 jam

Konflik Hezbollah-Israel: Tentera Malaysia diarah berlindung dalam ‘bunker’ hampir 13 jam

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 11 OKT – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 telah diarahkan untuk memberhentikan segala operasi kawalan dan rondaan susulan provokasi tentera Israel di selatan Lubnan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tentera Malaysia turut diarahkan untuk sentiasa berlindung di dalam bunker (kubu) hampir 12 hingga 13 jam.

“Dalam satu hari kita dapat laporan hampir 3 atau 4 kali berhubung situasi tentera kita di sana, dan kita tidak menafikan yang pihak tentera Israel telah melakukan provokasi kepada pasukan Ireland.

“Pasukan kita atas sikit, kita tunggu keputusan bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media selepas Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan pegawai dan anggota pasukan Malaysia di
Lubnan.

Semalam, media antarabangsa melaporkan bahawa Israel telah bertindak menembak dua anggota pengaman Indonesia yang bernaung di bawah UNIFIL.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontinjen Indonesia di Naqoura.

Susulan serangan itu, pihak United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) mengutuk serangan Israel dan meminta penjelasan daripada IDF berhubung serangan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #UNIFIL #MALBATT

 

 

Leave a Reply