MOSKOW, 9 OKT – Kapal tentera laut China dan Rusia telah melaksanakan latihan peperangan anti kapal selam di kawasan perairan Pasifik.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan, latihan tersebut dilaksanakan di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik.
“Kapal-kapal perang dari Rusia dan China telah mengadakan latihan peperangan anti kapal selam sebagai salah satu pengisian rondaan bersama di kawasan Asia Pasifik,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Jelasnya, latihan ini melibatkan operasi pencarian dan juga manuver kapal bagi menggempur kapal selam.
Latihan serta rondaan bersama kedua-dua negara kuasa besar itu melibatkan kapal ADMIRAL PANTELEYEV dan ADMIRAL TRIBUTS dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia. Ia turut disertai kapal Tentera Laut China yang terdiri daripada XINING, WUXI, LIN YI dan TAIHU. – airtimes.my
#AirTimes #Global #Rusia #China
