WASHINGTON, 1 OKT – Pemerintahan Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) mendedahkan video tindakan manuver berbahaya yang dilakukan oleh juruterbang Rusia.
Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan sebuah jet pejuang Sukhoi Su-35 milik Tentera Udara Rusia melakukan penerbangan yang begitu rapat dan memotong bahagian hadapan F-16.
Manuver ini turut dikenali sebagai “headbutt” dan merupakan satu gerak langkah yang berisiko tinggi serta berbahaya.
Pihak NORAD dalam satu kenyataan berkata, tindakan yang dilakukan oleh juruterbang Su-35 tersebut adalah tidak profesional dan merbahaya.
“Pada 23 September 2024, pesawat NORAD telah melakukan pemintasan yang selamat dan berdisiplin terhadap pesawat tentera Rusia di zon identifikasi pertahanan udara (ADIZ) Alaska,
“Tindakan Su-35 Rusia adalah tidak selamat, tidak profesional, dan membahayakan semua – ini bukan sesuatu yang anda lihat dalam tentera udara profesional,” tegas Jeneral Gregory Guillot.
Pihak NORAD sebelum ini menyatakan mereka telah mengesan dan menjejak 4 buah pesawat tentera Rusia yang berada dalam ADIZ Alaska. – airtimes.my
#AirTimes #Global #NORAD