MANILA, 19 OGOS – Kerajaan Filipina dijangka akan memberikan peruntukan pertahanan terbesar dalam sejarah negara itu untuk kegunaan pasukan tentera pada tahun hadapan.
Peruntukan baharu tersebut dilaporkan akan libatkan tingkat upaya dan penambahan aset.
“Dalam belanjawan tahunan 2025, sebanyak PHP50 bilion (RM4 bilion) akan diperuntukkan bagi memenuhi keperluan pasukan tentera dan program modenisasi,” kata wakil rakyat Surigao del Sur 2nd District, Johnny Pimentel dalam laporan agensi PNA.
Belanjawan tersebut merupakan PHP10bilion lebih tinggi berbanding yang diperuntukkan kepada Pasukan Tentera Filipina (AFP) pada tahun 2024.
Pada ketika ini, Filipina sedang memperkuatkan pasukan tenteranya bagi menghadapi sebarang kemungkinan di Laut China Selatan (West Philippines Sea,WPS oleh Filipina).
Ini dilihat melalui perkembangan penjajaran semula rancangan strategik Horizon-3 pada Mei lalu.
Selain itu, Manila telah melakukan pembayaran keempat sebanyak PHP6 bilion (RM400juta) untuk perolehan 2 kapal korvet tentera laut Filipina (PN).
Angkatan laut Filipina dijangka akan menerima kedua-dua kapal itu sekitar 2025-2026. – airtimes.my
#AirTime #Global #Filipina