Pada minggu lalu, dua pesawat pengangkut Airbus A400M oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al-Maza bagi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk menerima bantuan rawatan.
Memiliki aset udara yang unggul dan moden sedikit sebanyak menjadi peneraju yang menyumbang impak besar ke arah kebaikan dalam sesebuah negara seperti A400M yang ditempah oleh TUDM.
Airbus A400M merupakan sebuah pesawat turboprob pengangkut tentera udara yang direka oleh firma Airbus Military, meliputi empat enjin dan sebagai kumpulan pesawat Pengangkut Udara Masa Depan Antarabangsa (FIMA).
Dengan memiliki enjin turboprop berkuasa tinggi, ia berkemampuan untuk digunakan dalam operasi kawalan trafik udara awam. Pesawat tersebut berkelajuan 555km/j dalam operasi biasa namun, mampu mencapai kelajuan maksimum 780km/j.
Kelebihannya yang berdaya membawa sehingga 37 tan metrik (41 tan pendek) melebihi 2,000nmi, (3,700km; 2,300 batu) dan sebuah pengangkutan taktikal lif sederhana kedua paling popular di dunia, 178 telah ditempah oleh sembilan negara berbeza.
Berikutan, Airbus A400M berkembang pesat sebagai aset logistik utama bagi TUDM dalam meneraju teknologi untuk generasi akan datang kepada pelbagai misi dengan reka bentuknya.
Airbus A400M yang berperan dalam melakukan penerbangan perubatan dan kecederaan, penerbangan taktikal, juga membabitkan tugasan bersama pasukan khas ATM dan penghantaran serta pengguguran dari udara dan pemindahan kecemasan di luar negara yang melibatkan konflik di negara asing.
Pemperolehan A400M Malaysia pada tahun 2021 telah mencatat sejarah menjadi negara pertama di luar Eropah di mana TUDM memperoleh dan buat pertama kalinya berkesempatan mengendalikan pesawat A400M malah merekodkan lebih 10,000 jam penerbangan di seluruh dunia.
Terdahulu, pada 8 Disember 2005, TUDM telah melaburkan sebanyak RM700 juta dengan menempah empat buah pesawat tersebut bagi menggantikan angkatan pesawat C-130 yang telah uzur dan merupakan eksport pertama untuk program dan mengendali pesawat A400M yang pertama di rantau Asia Pasifik.
Pelaburan sumber yang besar oleh TUDM adalah demi memastikan dapat membantu sekiranya berlakunya bencana alam di rantau ASEAN atau di mana-mana sahaja.
Sekaligus, telah menambat perhatian serta pencapaian ketika Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (Defence Service Asia) pada 2022.
TUDM telah menaiktaraf keupayaan taktikal pesawat yang mana membolehkan melakasanakan misi seperti hantaran udara melalui penerjunan statik dan bebas serta penerbangan pada ketinggian aras rendah termasuk mengankut kargo dan anggota.
Pengangkutan taktikal dan strategik termaju berdaya sebagai air ambulance bagi membawa bekalan perubatan serta pesakit yang memerlukan rawatan bersama pakar perubatan.
Demikian, ini dapat dilihat semasa pandemik Covid-19 di mana menyalurkan bantuan keperluan perubatan dan kesihatan menerusi penghantaran udara ke Sabah dan Sarawak ketika pesawat penerbangan komersial tidak dapat beroperasi.
Dalam pada itu, menyediakan penambahbaikan yang ketara dalam muatan, julat, volum dalaman dan kapasiti operasi berbanding Transall C-160 dan Lockheed C-130 yang digantikan atau ditambah. Malahan, pesawat ini juga boleh mengisi minyak di udara buat pertama kalinya.
Sementara itu, pesawat yang juga digunakan oleh Tentera Udara Perancis dan Tentera Udara Turki sejak tahun 2013 ini, memiliki kokpit kaca sepenuhnya di mana semua maklumat akan diterima melalui skrin berwarna yang besar serta fly-by-wire dengan tuas kawalan tepi dan perlindungan penerbangan.
Justeru, menjadikan loncatan teknologi dibandingkan dengan pesawat awal C-130 dan C-160 di mana telah beroperasi di kebanyakan negara pada masa ini.
Secara tidak langsung, pesawat A400M antara komponen penting dalam pengoperasian kemanusiaan Malaysia, termasuk sokongan kepada negara jiran Indonesia, selepas gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 2018.
Di samping, berkeupayaan mencapai rekod jam serta kitaran penerbangan yang jauh lebih tinggi berbanding pesawat yang lain.
Hal ini, menjadikan TUDM diiktiraf selaku peneraju feet global bagi pesawat tersebut bilamana meliputi system digital automatic tercanggih dengan penjimatan masa penerbangan yang berkelajuan 400 hingga 420 knot.
Antara kelebihan lain, mampu menampung beban berat dan besar merentasi benua dengan kelajuan jet dan masa sama dan mengekalkan kemampuan taktikal untuk mendarat di landasan pendek tanpa sebarang penyediaan.
Dalam perkembangan lain, Airbus berhasrat merancang untuk mengeluarkan 30 buah pesawat dalam setahun setelah Perancis, Jerman, Turkiye dan United Kingdom turut memilikinya.
