Institut Kajian Strategik Antarabangsa menyatakan purata jumlah jet Turkiye sehingga 2023 yang terdiri dari, Tentera Udara Turki mempunyai kekuatan aktif 50,000 anggota tentera dan mengendalikan sebanyak 295 pesawat sayap tetap berawak, 35 helikopter, dan 52 kenderaan udara tanpa pemandu.
Terbaharu, Turkiye dengan inovatifnya terkini dengan mengeluarkan jet pejuang udara, iaitu TAI TF-KAAN atau sebelum ini dikenali sebagai Milli Muharip Ucak (Pesawat Tempur Negara- MMU), yang menjadi perhatian dan merupakan sebahagian daripada projek berprofil tinggi di Turkiye.
Pesawat penguasaan udara generasi ke-5 dan sistem kenderaan tanpa pemandu (UAV) tercanggih ini, dibangunkan secara kendiri oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI) pada tahun 2016 dengan bantuan teknologi daripada BAE Systems, United Kingdom.
KAAN juga bakal dilengkapi beberapa ciri, iaitu pesawat air-superiority (penguasaan ruang udara) halimunan dengan kemampuan serangan darat, kepelbagaian sistem penderia (sensors), radar Active Electronically Scanned Array (AESA), kawalan jaringan drone dan peluru berpandu hipersonik.
Pada masa sama, pesawat yang menjadi pemain penting dalam industri pertahanan antarabangsa ini, memiliki sistem pengimejan yang canggih, keupayaan komunikasi jarak jauh dan kapasiti penerbangan altitud tinggi.
Dalam pada itu, KAAN yang berharga $100 million per unit merupakan salah satu daripada beberapa projek aeroangkasa Turki selain projek siluman UCAV Bayraktar Kizilelma dan TAI Anka-3.
TAI juga dengan peruntukan dana berjumlah AS$20 juta dalam fasa reka bentuk konsep awal selama 2 tahun dan siap pada akhir tahun 2013 telah mendapat kelulusan oleh Perdana Menteri.
Pesawat udara itu dilengkapi enjin berkembar iaitu dua enjin turbofan General Electric F100 buatan AS dan agak berusia. Ia direka dengan lebar sayap 14 meter, panjang 21 meter dan ketinggian 6 meter serta mencapai kelajuan maksimum Mach 1.8 dan siling perkhidmatan 55,000 kaki.
Antara yang terlibat dalam pembangunan pesawat, projek TFX ini adalah tanpa bantuan kerjasama dengan Korea, Sweden, Brazil dan Indonesia, malah menggunakan plantar asli buatan Turki secara sepenuhnya.
Hal ini demikian, bagi memastikan Turkiye menyertai segelintir negara di dunia yang mana mampu membangunkan pesawat pejuang generasi kelima secara bebas.
Dimaklumkan, keistimewaan pesawat tersebut adalah setanding dengan Lockheed Martin F-35 Lightning II, HAL AMCA, HAL TEDBF, KAI KF-21 Boramae dan Lockheed Martin F-22 Raptor.
Pesawat pejuang itu dilengkapi dengan persenjataan canggih dan mampu terlibat dalam pertempuran udara ke udara serta melakukan serangan supersonic ketepatan. Seterusnya, KAAN juga berkeupayaan senyap, avionik canggih dan mampu menjalankan peranan komando dalam pertempuran.
Selain itu, terdapat aerodinamik dan pendorongan yang dipertingkatkan, radius tempur yang dioptimumkan, penderia yang berbilang spektrum dan dalaman (EW dan RF/IR). Turut mempunyai keratan rentas radar rendah, gabungan sensor, autonomi, supercruise dan keupayaan pautan data yang lebih baik untuk peperangan yang didayakan rangkaian serta senjata stand-off berketepatan tinggi.
Meskipun, KAAN merangkumi kelebihan, pesawat tempur dua enjin ini dengan kemampuan sukar dikesan radar seperti pesawat Lockheed Martin F-35. KAAN berkemampuan membawa persenjataan sebanyak 10 tan. Manakala, F-35 mampu membawa enam tan persenjataan.
Justeru, TAI membangunkan kerangka pesawat dan komponen-komponen lain, namun TEI pula memfokuskan pada pengeluaran enjin pesawat. TEI adalah usahasama antara Turkish Aerospace Industries (TAI) dan General Electric Aerospace (GE Aerospace).
TAI turut akan menghasilkan lima lagi unit prototaip dan setelah kerajaan Turkiye membeli 10 set enjin F110.
Menurut Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan Turki pada 15 Disember 2010 lalu, telah memutuskan untuk membangun dan mengeluarkan sebuah pesawat tempur udara ke udara generasi baru secara lokal.
Di samping, ia menggantikan armada pesawat F-16 yang digunakan oleh Tentera Udara Turki bersama-sama pesawat F-35 dan akan menawarkan kepada negara-negara luar.
Dalam perkembangan itu, Turkiye turut merancang menggunakan pesawat tersebut pada 2025 bersama-sama pesawat F-35A, dan TFX juga akan mengimbangi kekurangan F-35 dalam pertempuran udara ke udara.
Secara tidak langsung, Turkiye telah mencapai kejayaan yang ketara dalam operasi yang dilaksanakan di wilayahnya hanya dengan menggunakan peluru domestik dan sokongan UAV serta UCAV.
Gorgun berpendapat, ia telah mengubah keseimbangan kuasa di Wilayah Mediterranean dengan tentera laut dan tentera udaranya.
Terdahulu pada 21 Februari lalu, pesawat pejuang ‘KAAN’ menjalankan penerbangan sulungnya dengan jaya. Penerbangan pertama selama 13 minit dan mencapai ketinggian 8000 kaki serta kelajuan 230 knot menandakan sebuah kejayaan dalam industri penerbangan dan pertahanan negara.
Kesemua pesawat prototaip KAAN menggunakan enjin F100 dari syarikat GE ketika dalam tempoh ujian penerbangan semasa sebelum digantikan sepenuhnya dengan enjin turbofan yang dibangunkan oleh syarikat tempatan TEI (TUSAS Engine Industries).
KAAN yang kini dalam pembangunan ke Malaysia bagi membantu negara Asia Tenggara bagi meningkatkan pertahanan udaranya dan memberi kesan positif dalam kerjasama perhubungan dua hala dan keselamatan serantau.
Berikutan, terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia serta untuk berkongsi pengalaman daripada pesawat latihan asas generasi baharu ‘HURKUS’ dan pesawat pejuang ringan ‘HURJET’ dengan Malaysia.
Dengan itu, Turkiye mendapat manfaat daripada sumbangan Malaysia dalam bidang seperti penyelidikan, pembangunan, keupayaan pembuatan dan pengetahuan serantau.
Presiden Agensi Industri Pertahanan Turki (SBB) Prof Haluk Gorgun turut menyatakan Malaysia boleh mengakses teknologi dan kepakaran terkini dalam bidang pertahanan dengan adanya kerjasama Turki.
Sementara itu, KAAN juga memperoleh melaksanakan pelbagai misi termasuk udara ke udara, udara ke darat, peninjauan dan peperangan elektronik.
Hal ini sekaligus, membuka peluang Malaysia untuk memilih dalam menangani pelbagai cabaran keselamatan dan dalam membantu memenuhi keperluan pertahanan udara Malaysia.
Menjelang 2028, TAI akan menghantar sejumlah 20 pesawat pejuang Blok 10 KAAN kepada Tentera Udara Turki serta dijangka akan menghasilkan dua pesawaat pejuang KAAN sebulan dengan menjana pendapatan kira-kira AS$2.4 bilion (RM9.6 bilion) dalam setiap tahun.
Bagaimanapun, Turkiye turut menyasarkan, memainkan peranan penting dalam membekalkan aset ketenteraan di Wilayah Asia Pasifik dengan Malaysia sebagai hab, bahkan menekankan kepentingan kolaborasi antara kedua-dua negara dalam menghasilkan dan mengeluarkan produk ketenteraan di Wilayah tersebut.