Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bantu padam kebakaran di Bachok

Tentera Darat bantu padam kebakaran di Bachok

by Nurulhuda

BACHOK, 10 Mei – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Angkatan Pertahanan Awam tampil membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bachok melaksanakan operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut di sekitar Kampung Kual Kecil, Gunong, Bachok.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) memaklumkan, operasi tersebut dilaksanakan melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) yang telah mengaturgerakkan anggotanya pada jam 8 pagi tadi.

“Dua orang pegawai bersama dengan 22 anggota dari Rejimen 506 Askar Wataniah (AW) dan Stesen Bomba Tentera Darat telah diaturgerakkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran yang dianggarkan berkeluasan hampir 10 ekar persegi,

“Pasukan 8 Bgd akan terus melaksanakan pemantauan dan memberikan bantuan sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” jelas pihak 2 Div dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negeri Kelantan.

“Kerjasama seumpama ini sejajar dengan usaha dalam memperkasakan kerjasama dan hubungan erat TDM dengan agensi awam,” ujar kenyataan itu lagi. -airtimes.my

#TDM #airtimes #kebakaran #bombaTD #Bachok

Related Articles

Leave a Reply