Home Semasa Agong perkenan sambung khidmat Azam Baki terajui SPRM

Agong perkenan sambung khidmat Azam Baki terajui SPRM

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 MEI –  Tan Sri Azam Baki akan terus menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk satu tahun mulai 12 Mei 2024.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki dalam satu kenyataan hari ini.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan pelantikan semula Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan itu.

Azam Baki memulakan perkhidmatan beliau dalam SPRM (ketika itu Badan Pencegah Rasuah, BPR) pada tahun 1984 sebagai Pegawai Menyiasat.

Beliau pernah beberapa jawatan penting dalam suruhanjaya itu termasuk Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

Pada 9 Mac 2020, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ke-6. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa

Related Articles

Leave a Reply