Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Perkembangan Rejimen Askar Jurutera Diraja bantu pembangunan negara

Perkembangan Rejimen Askar Jurutera Diraja bantu pembangunan negara

by Nurulhuda

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti kor-kor lain, RAJD telah mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perkembangan dan perluasan Tentera Darat Malaysia (TDM).

RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi Tentera Persekutuan menentang komunis, khususnya dalam tugas memusnahkan bom, membersihkan kawasan periuk api; membina jalan raya; jambatan; landasan udara dan menyediakan bekalan air.

Kini RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai termasuk sumber manusia yang berkemahiran tinggi.

Pegawai Staf 1 CIMIC, Jabatan Arah RAJD, Leftenan Kolonel Ahmad Nizam Adnan menjelaskan, ketika aman, RAJD berperanan membantu pembangunan negara dimana salah satu tugasan adalah melibatkan kerjasama antara awam dan tentera.

Pegawai Staf 1 CIMIC, Jabatan Arah RAJD, Leftenan Kolonel Ahmad Nizam Adnan berkata, dengan sokongan daripada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Jurutera, keupayaan serta kesiagaan RAJD semakin baik. Foto: AirTimes/Ashraf

“RAJD terlibat dalam projek-projek pembangunan seperti program CIMIC (Civil-Military Cooperation), iaitu membantu golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan dengan membina rumah-rumah yang telah dikenal pasti di seluruh negara,

“RAJD turut membantu Pihak Berkuasa Awam bagi mengekalkan ketenteraman awam serta membantu baik pulih, sengaraan dan yang amat penting termasuk ketika dilanda bencana,” ujarnya kepada AirTimes baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas Perbarisan Hari Ulangtahun RAJD ke-71 di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen, baru-baru ini.

Perbarisan tersebut telah dianggotai oleh 15 pegawai dan 209 anggota yang terdiri dari 4 detasmen iaitu Detasmen RAJD 2 Divisyen; Detasmen RAJD 3 Divisyen; Detasmen gabungan dari Jabatan RAJD, MK ATM – BPKP, 2 Skn RAJD, BGSP, 91 Rej Bantuan RAJD dan IKEM.

Manakala, Detasmen Keempat merupakan gabungan dari RAJD Askar Wataniah dan RAJD Pakar.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera merangkap Pengerusi RAJD, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Mohd Noh.

Mengulas lanjut, Ahmad Nizam berkata, dengan sokongan daripada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Jurutera, keupayaan serta kesiagaan RAJD semakin baik kerana memperoleh 2 buah plan transporter 30 tan pada tahun ini.

“Melalui rolling plan ke 4 Rancangan Malaysia Ke-12 RAJD juga akan memperoleh sebanyak 10 buah Skid Steer Loader dan 5 buah Logistic Support Bridge, 2 buah jambatan taktikal (pontoon) dan juga sebuah sebuah kenderaan persekitaran kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE) Command Vehicle,

“Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Jurutera, secara keseluruhanya perolehan aset-aset baharu itu akan diterima pada tahun 2026,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, terdapat 4 kepakaran dalam RAJD iaitu Kejururteraan Medan, Perkhidmatan Kejuruteraan Professional, Geospatial Pertahanan dan juga Kejuruteraan Pakar Sengaraan Perhubungan.

“Kita ada RAJD pakar, iaitu Unit 40 Rejimen Pakar Pelabuhan RAJD Askar Wataniah (AW), Rejimen Pakar Keretapi RAJD (AW), 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air RAJD, dan 70 Rejimen Pakar Janaelektrik AW,

“Mereka banyak membantu kita (RAJD) pada masa aman ini, mereka membantu dari segi memberi latihan kepada RAJD juga,” jelasnya.

Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera merangkap Pengerusi RAJD, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Mohd Noh. Foto: AirTimes/Muaz

Sebagai sebuah Kor yang bertunjangkan kejuruteraan, RAJD mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menjayakan misinya. Berlandaskan tema `Berusaha Berfaedah’, RAJD telah berjaya melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Secara keseluruhan, RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat yang amat produktif semasa aman.

Pengetahuan dan kemahiran kejuruteraan serta peralatan khas yang dimiliki RAJD membolehkan rejimen ini dikerah untuk melaksanakan projek pembangunan.

RAJD merupakan perintis pembangunan negara terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil. Sesungguhnya penglibatan RAJD dalam membina infrastruktur untuk rakyat ini telah menjimatkan kos kerajaan di samping dapat merapatkan hubungan bagi memenangi hati rakyat.-airtimes.my

#RAJD #TDM #pertahanan #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply