Home Semasa Anwar umum gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah

Anwar umum gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 1 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Beliau berkata, kenaikan tersebut adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.

“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus,

“Maka kita akan laksanakan lebih 13 peratus peratus kenaikan mulai 1 Disember tahun ini, sebab saya sudah berjanji,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurutnya, kenaikan gaji itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlahnya yang besar dan agak lumayan.

Ini termasuk pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetapi mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan,

“Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” ujarnya lagi. -airtime.my

#semasa #Malaysia #airtimes #gaji #penjawatawam

Related Articles

Leave a Reply