Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Nahas helikopter Lumut: Warga Nerang Separang serah sumbangan bagi waris mangsa

Nahas helikopter Lumut: Warga Nerang Separang serah sumbangan bagi waris mangsa

by Nurulhuda

LOK KAWI, 27 Apr – Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah menyampaikan sumbangan derma kilat daripada warga Nerang Separang bagi waris mangsa nahas pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Selasa lalu.

Markas 5 Div menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, sumbangan itu telah disampaikan oleh Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman kepada Asisten Ketua Staf Pentadbiran Markas Pemerintahan Armada Timur, Komander Kamarulzaman Kamaruddin TLDM pada Jumaat.

“Seluruh Warga Nerang Separang merasa simpati atas kehilangan 10 wira negara yang mencurah bakti hingga ke akhir hayat mereka,” jelas hantaran itu.

Tragedi pagi Selasa yang membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) di Pangkalan TLDM di Lumur Perak itu telah mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk 3 wanita.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, kerajaan telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter tersebut.

Beliau berkata, bantuan itu adalah bagi meringankan beban mereka.

Selain itu, beliau menjelaskan, pihaknya juga telah menubuhkan tabung khas bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa terbabit. -airtimes.my

#pertahanan #airtimes #TLDM #nahashelikopter #5Div

Related Articles

Leave a Reply