Home Pertahanan dan Keselamatan Insiden helikopter terhempas: TLDM sahkan 10 anggotanya terkorban

Insiden helikopter terhempas: TLDM sahkan 10 anggotanya terkorban

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 APR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengesahkan seramai 10 orang  terkorban dalam insiden nahas yang berlaku di Lumut.

Menurutnya dalam satu kenyataan, nahas udara berlaku melibatkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan sebuah helikopter FENNEC.

“Kejadian berlaku semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi,

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM,

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu.

TLDM menyatakan pihaknya akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan,” kata Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut. – airtimes.my

#AirTimes #Lumut #TLDM #Fennec #AW139

Related Articles

Leave a Reply