Home SemasaGlobal 16,000 anggota tentera Amerika Syarikat, Filipina mulakan latihan ketenteraan bersama

16,000 anggota tentera Amerika Syarikat, Filipina mulakan latihan ketenteraan bersama

by M.Daim

MANILA, 23 APR – Lebih 16,000 anggota tentera Amerika Syarikat dan Filipina mulakan latihan ketenteraan bersama Balikatan.

Latihan bersama antara kedua-dua negara itu dilaksanakan secara tahunan.

Menurut pihak Duta Amerika Syarikat di Filipina dalam satu kenyataan, latihan bersama ini disertai oleh Australia dan Tentera Laut Perancis.

Selain itu, 14 buah negara termasuk Malaysia hadir ke latihan bersama itu sebagai negara pemerhati.

“Dalam Balikatan 2024, negara peserta latihan ketenteraan ini akan melaksanakan pelbagai misi yang kompleks dalam pelbagai domain,

“Ini termasuklah keselamatan maritim, pertahanan udara dan misil, pertahanan siber serta peperangan maklumat,

“Tentera laut dari Amerika Syarikat, Filipina dan Perancis akan melaksanakan latihan maritim multilateral di kawasan perairan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, latihan bersama di perairan dilaksanakan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina.

Balikatan 2024 dilaksanakan selama 16 hari mulai 22 April hingga 8 Mei. Ia melibatkan latihan medan yang melibatkan 4 operasi gabungan di kesemua domain. Ini merangkumi pertahanan kawasan uama di Luzon dan Palawan, atur gerak jarak jauh, dan serangan.

Selain itu, latihan ini turut melibatkan pertahanan misil dan udara serta mempertingkatkan tahap pengawasan maritim. – airtimes.my

#AirTimes #Balikatan #AmerikaSyarikat #Filipina

Related Articles

Leave a Reply