Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan tidak bercadang gantung sementara perkhidmatan helikoper jenis Fennec, HOM

Kerajaan tidak bercadang gantung sementara perkhidmatan helikoper jenis Fennec, HOM

by Nurulhuda

KUALA TERENGGANU, 27 Apr – Kerajaan tidak bercadang menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM susulan nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, Selasa lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini tiada tindakan ke arah itu.

“Setakat hari ini, kita tidak ke arah itu (gantung sementara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat keperluan menggantung perkhidmatan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6).

Kejadian yang berlaku di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk 3 wanita.

Kesemua yang terkorban telah disemadikan dengan jasad terakhir, Leftenan T Sivasutan, 31, selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan pada 12.15 tengah hari, Khamis lepas.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengesahkan bangkai 2 pesawat berkenaan termasuk kotak hitam telah pun dialihkan dari lokasi kejadian pada Khamis.

“Saya dimaklumkan semuanya telah dialihkan untuk ke tempat siasatan dibuat,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, siasatan yang dijalankan Lembaga Siasatan ditubuhkan TLDM itu, akan turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pakar-pakar lain termasuk pembuat helikopter.

Tambahnya, beliau juga tidak menolak kemungkinan proses itu akan melibatkan pakar dari luar negara sekiranya terdapat keperluan. -airtimes.my

#nahashelikopter #airtimes #TLDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply