Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 69 anggota Tentera Darat berjaya sahut cabaran Gerak Khas

69 anggota Tentera Darat berjaya sahut cabaran Gerak Khas

by Nurulhuda

MELAKA, 28 Apr – Bermula dengan 12 pegawai dan 80 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sebelum ini berkhidmat dalam lain-lain Kor telah menyahut cabaran untuk menyertai Gerup Gerak Khas (GGK).

Namun, akhirnya tanggal 28 April 2024, hanya 9 pegawai dan 60 anggota sahaja yang berjaya membuktikan kekuatan fizikal serta mental mereka apabila mampu mengakhiri Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024, pada hari ini.

Majlis penutup yang diadakan di Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka ini telah disempurnakan oleh Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan agar keagungan Beret Hijau yang dijunjung di kepala perlulah sentiasa dipelihara dan dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir kerana Beret Hijau merupakan maruah serta lambang kebanggaan Gerak Khas.

“Justeru, saudara-saudara perlu sentiasa membuktikan bahawa semua benar-benar layak memakainya dengan terus kekal menjaga imej sebagai special forces operators
yang profesional dan kompeten,

“Oleh itu, jagalah maruah Beret Hijau ini daripada dicemari dengan perbuatan yang sia-sia yang mana akan merugikan segala pengorbanan saudara semua yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkannya,” ujarnya.

Majlis dimulakan dengan demonstrasi serangan pantai yang kemudiannya disusuli dengan sesi ramah mesra Panglima 21 GGK bersama keluarga penuntut kursus yang hadir.

Demonstrasi ini secara tak langsung mempamerkan keupayaan dan kesiapsagaan Trup Tentera Darat (TD) dan 21 GGK menjamin keselamatan dan kedaulatan negara mendepani ancaman semasa.

Seterusnya, Panglima GGK menganugerahkan Beret Hijau kepada penuntut kursus dan sekaligus diistiharkan sebagai warga Gerup Gerak Khas.

Leftenan Muda (Lt M) Ahmad Mujahid Siddiq Ahmad Rizal, 25 telah dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Komando siri AK/1/2024

Leftenan Muda (Lt M) Ahmad Mujahid Siddiq Ahmad Rizal, 25 telah dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik pada kursus asas kali ini.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Ahmad Mujahid seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Izajah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Sains Sukan (Kepujian).

Seterusnya menyertai Latihan Pegawai Kadet di Akedemik Tentera Darat (ATD) secara sukarala. Beliau ditauliahkan pangkat Lt M pada 7 Oktober 2023.

Majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Sumpah Perajurit Komando, penyerahan bendera kepada Ketua Cawangan Komando sebelum diakhiri dengan teriakan komando sebanyak 3 kali.

Turut hadir, Ketua Staf Am Markas 21 GGK, Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab; ketua Staf Perkhidmatan 21 GGK, Brigedier Jeneral Samsyawal Muhama; Pengarah Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Yunus serta ahli keluarga penuntut kursus. -airtimes.my

#gerakkhas #GGK #Komando #Melaka #TDM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply