Home Semasa Polis kesan 8 individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands

Polis kesan 8 individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands

by Bernama

KUANTAN, 12 Apr – Polis sedang mengesan 8 individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menerusi kenyataan berkata kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.

Mereka ialah Lim Yong Sen, 43, beralamat terakhir di Taman Kempas Utama, Johor; Tay Kim Dar, 44, beralamat di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor; Ong Jun Chuan, 39, dari Taman Desa Kempas, Johor dan Ivan Koh Zhen Yee, 23, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.

Turut dicari Khor Soon Tit, 24, beralamat di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang; Swe Kah Fai, 25, Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak; Tan Chun Hou, 22, Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.

Beliau berkata polis sebelum ini menahan 4 lelaki tempatan yang terlibat dalam kes berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.

“Kesemuanya mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Yahaya sehubungan itu meminta orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2222 222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

 

#GentingHighlands #PDRM #Merusuh #Semasa

Related Articles

Leave a Reply