Home SemasaGlobal Serbia eksport lebih 14 juta Euro senjata ke Israel

Serbia eksport lebih 14 juta Euro senjata ke Israel

by M.Daim

BELGRADE, 11 APR – Kerajaan Serbia dilaporkan telah mengeksport lebih 14 juta Euro sistem persenjataan kepada Israel.

Jumlah nilai tersebut adalah yang terkumpul dari 3 siri eksport persenjataan yang dilakukan oleh negara Balkan itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh media Serbia, BIRN yang mendakwa eksport tersebut telah dibuat semenjak Oktober 2023.

“Pada Mac 2024, jumlah eksport persenjataan Serbia kepada Israel adalah bernilai lebih 14 juta Euro,

“Eksport pertama dilakukan pada Oktober 2023 dan yang kedua adalah pada Februari 2024,” kata laporan itu.

Menurut BIRN, eksport tetap dilakukan oleh Serbia walaupun pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah merayu kepada komuniti antarabangsa untuk menghentikan eksport persenjataan ke Israel. – airtimes.my

#AirTimes #Serbia #Global

Related Articles

Leave a Reply