Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat gagalkan cubaan seludup keluar 420 kg gula, 105 liter diesel di Ba’Kelalan

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup keluar 420 kg gula, 105 liter diesel di Ba’Kelalan

by Nurulhuda

KUCHING, 30 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan 3 tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter di Kampung Punang di Ba’Kelalan, pada Jumaat.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, barangan berkenaan ditemui di Sektor Operasi Jagakawan Ba’kelalan iaitu lebih kurang 900 meter dari sempadan Indonesia.

“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan 3 tong minyak diesel 35 liter berjumlah 105 liter,

“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,422.75,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut MK PMTTD, laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April ini.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang tanpa izin, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” jelas kenyataan itu lagi.-airtimes.my

#malaysia #seludup #airtimes #Indonesia #TDM

Related Articles

Leave a Reply