Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM tahan warga Israel, rampas 6 pucuk pistol dan 200 peluru

PDRM tahan warga Israel, rampas 6 pucuk pistol dan 200 peluru

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 MAC – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Israel berserta senjata api di Kuala Lumpur.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media, hari ini.

Razarudin berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Ampang. Turut ditemui adalah 6 pucuk pistol pelbagai model berserta 200 butir peluru.

Tambahnya, 3 pistol yang dirampas telah diisi dengan peluru.

“Suspek telah memasuki ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport Perancis,” katanya.

Walaubagaimanapun, pasport Perancis yang digunakan oleh lelaki terbabit adalah didapati palsu.

Jelas Ketua Polis Negara, individu terbabit telah ditangkap pada 27 Mac lalu selepas hampir 15 hari berada di dalam Malaysia.

“Dari soal siasat, lelaki terbabit mendakwa dia sedang mencari seorang individu untuk dibunuh kerana ada isu keluarga,

“Kita pun masih tidak percaya dan reman telah dibuat daripada 28 Mac hingga 31 Mac,” katanya.

Tambah Razarudin, reman akan disambung sekiranya siasatan yang dilakukan pada ketika ini belum selesai.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Negara menyatakan individu terbabit berkemungkinan mempunyai agenda yang lain.

“Kita percaya dia tidak bergerak seorang dan mungkin dia ada ‘contact’ dia disini,

“Kita perlu kenal pasti contact dia lagi,” ujar beliau.

Berhubung senjata api, Ketua Polis Negara menyatakan pihaknya masih lagi melakukan siasatan dan percaya senjata tersebut telah dibeli dengan menggunakan matawang kripto. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #PDRM

Related Articles

Leave a Reply