Home Pertahanan dan Keselamatan Bekal senjata api kepada lelaki Israel, pasangan suami isteri rakyat Malaysia diberkas

Bekal senjata api kepada lelaki Israel, pasangan suami isteri rakyat Malaysia diberkas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Pasangan suami isteri warga tempatan diberkas polis selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.

Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor kira-kira jam 7.15 malam, pada Jumaat.

Polis kemudian menemui sepucuk pistol dalam beg galas dalam sebuah kereta semasa pemeriksaan di kediaman suspek di Kuala Selangor.

“Suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan 6 pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis,

“Difahamkan, pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” kata sumber seperti yang dilapor Sinar Harian.

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.

Razarudin berkata, lelaki itu ditahan bersama 6 pucuk pistol pelbagai model berserta 200 butir peluru.

Turut dijumpai, 2 pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.-airtimes.my

#keselamatan #PDRM #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply