Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tapak Perang Dunia Ke-2 jadi lokasi Sambutan Hari Tentera Darat ke-91

Tapak Perang Dunia Ke-2 jadi lokasi Sambutan Hari Tentera Darat ke-91

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) memilih Dataran Segamat sebagai lokasi sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-91 yang dijadualkan berlangsung selama 2 hari bermula Khamis ini.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim memaklumkan, lokasi itu dipilih kerana ia merupakan kawasan peninggalan sejarah ketika Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

“Daerah Segamat terletak diantara 3 buah negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tujuan kita adalah untuk menarik masyarakat dari ketiga-tiga negeri untuk datang ke sana,

“Dari aspek ketenteraan pula, ketika Perang Dunia Ke-2 Segamat merupakan kubu pertahanan pertama Tentera Berikat yang menyekat kemaraan Tentera Jepun,

“Ketika Perang tersebut, Tentera Berikat telah meletupkan sebuah jambatan yang dipanggil Jambatan Buluh Kasap untuk melengahkan Tentera Jepun, dan sekarang ia masih ada disana yang diberi nama Jambatan Putus. Ia adalah salah satu warisan sejarah negeri Johor dan Segamat,” katanya dalam satu wawancara khas oleh RTM, pagi tadi.

Pelbagai program menarik dan bermanfaat akan dibawakan khas kepada masyarakat umum pada sambutan Hari Tentera Darat ke-91 yang dijadual berlangsung di Dataran Segamat selama dua hari bermula Khamis ini. – Foto Facebook TDM

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fauzi menjemput rakyat di sekitar negeri berhampiran untuk hadir memeriahkan sambutan tersebut.

 

Menurutnya, pelbagai pengisian menarik akan ditampilkan pada sambutan yang bertemakan ‘Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga’ itu.

“Kami membawa Tentera Darat dekat kepada masyarakat supaya mereka dapat mengenal TDM dengan lebih dekat,

“Saya mewakili pihak TDM mengundang orang ramai untuk datang ke Dataran Segamat bagi melihat secara dekat bukan hanya untuk menimbulkan semangat patriotisma, tetapi sebagai sokongan serta jalinan kerjasama antara masyarakat dan juga rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, antara program yang bakal dibawakan adalah seperti ameran Kerjaya dan Aset TD, Karnival Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Persembahan Buskers, Program Bersama Veteran, Persembahan Tatu TD dan Pertunjukan Bunga Api.

Selain itu, pelbagai program keagamaan termasuk Forum Perdana, bacaan Yasin, tahlil dan khutbah solat Jumaat bakal diadakan di Masjid Bandar Segamat sempena sambutan itu.-airtimes.my

#TDM #Segamat #Johor #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply