Home Pertahanan dan Keselamatan Peletakan jawatan 3 orang kanan tidak jejaskan LTAT – Khaled Nordin

Peletakan jawatan 3 orang kanan tidak jejaskan LTAT – Khaled Nordin

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=rb8uTY9t5UI[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan, peletakan jawatan 3 pegawai kanan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak akan memberi impak yang menganggu operasi perjalanan serta perkhidmatan lembaga itu.

Sebaliknya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memaklumkan, LTAT akan terus bergerak dan beroperasi seperti biasa dan beberapa jawatan yang belum diisi akan dipangku serta merta.

Beliau berkata, sebagai langkah susulan, jawatan Ketua Eksekutif yang kosong kini ditanggung oleh Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Asyraf Mohd Radzi sebagai tanggung tugas Ketua Eksekutif berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu, bagi jawatan Pengerusi LTAT pula, tugas tersebut kini dipangku oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak yang merupakan Timbalan Pengerusi LTAT seperti yang diperuntukan dalam Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 atau Akta 101.

“Bagi organisasi seperti LTAT, pelantikan tanggung tugas ini bukanlah perkara yang pelik, ia pernah dilaksnakana sebelum ini semasa peletakkan jawatan Ketua Eksekutif Datuk Nik Amlizan Mohamad pada tahun 2020 dan peletakan jawatan Tan Sri Amrin Awaluddin pada tahun 2021,” katanya dalam sesi Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dari Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh) yang menaytakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan berhubung isu LTAT ekoran peletakan jawatan beberapa pegawai kanan dalam entiti berkenaan baru-baru ini.

Pada 8 Februari lalu, LTAT mengumumkan persaraan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor daripada jawatan Pengerusi, berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman yang dibuat LTAT itu dibuat hanya kira-kira seminggu selepas Lembaga Pengarah LTAT mengumumkan pengunduran Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Kemudian pada minggu lalu, seorang lagi pegawai LTAT meletak jawatan, menjadikannya 3 peletakan jawatan sepanjang sebulan di badan dana persaraan bagi 120,000 anggota yang berkhidmat dengan ATM.

Pengarah Kanan Strategi LTAT, Dayana Rogayah Omar dilaporkan mengemukakan surat peletakan jawatannya itu bagi mengejar kepentingan lain.

Mengulas lanjut, Khaled memaklumkan, Lembaga LTAT kini sedang memuktamadkan calon-calon yang berkredibiliti untuk mengisi jawatan Ketua Eksekutif LTAT.

Selain itu, beliau berkata, Kementerian Pertahanan juga sedang meneliti calon yang layak dari mantan Panglima-Panglima ATM untuk dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi LTAT.

“Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan komited untuk terus memantau dan memastikan operasi serta stategi yang telah dirancangkan menjadikan LTAT sebagai sebagai sebuah dana persaraan yang manpan diteruskan dengan sewajarnya,

“Fokus kementerian dan LTAT adalah untuk memastikan nilai wang simpanan anggota ATM terus dilindungi dan berkembangan disamping memastikan kestabilan dan kelestarian dana pelaburan LTAT bagi tempoh jangka masa panjang,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #LTAT #Mindef #Malaysia #letakjawatan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply