Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 8 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo, perkasa kesiapsiagaan Armada Timur

8 kapal TLDM laksana latihan Perang Borneo, perkasa kesiapsiagaan Armada Timur

by Nurulhuda

SEPANGGAR, 25 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Borneo siri 3/21 pada 23 hingga 25 Januari lalu di sekitar Perairan Kota Kinabalu, Sabah.

Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) memaklumkan, latihan pada kali ini melibatkan 8 buah kapal Armada Timur iaitu KD SELANGOR, KD PERAK, KD KEDAH, KD BADIK, KD RENCONG, KD PAUS, KD SERANG serta diketuai KD SUNDANG selaku Ketua Gugus Tugas.

Turut memberi sokongan melalui elemen udara adalah pasukan Skuadron 503 dengan penglibatan TANOM (Helikopter Operasi Maritim AW139).

“Latihan yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini merupakan pendekatan yang dinamik bagi melatih dan menilai keupayaan aset serta kecekapan warga Armada Timur dalam 3 aspek utama iaitu navigasi, komunikasi dan peperangan maritim,

“Tampil dengan 3 objektif, latihan bagi siri pertama tahun ini memfokuskan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan warga kapal,” jelas MPA Timur dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Menurut MPA Timur, latihan ini juga bertujuan bagi memperagakan kehadiran aset TLDM di Zon Maritim Malaysia (ZMM) Sabah.

“Seperti siri sebelumnya, latihan ini turut bertujuan mempertingkat aspek perintah dan kawalan (C2) semasa pelaksanaan penembakan sasaran permukaan statik,

Dalam sesi Post Exercise Debrief, keseluruhan pemerhatian dan dapatan latihan turut dikongsikan bersama Pegawai Pengendali Eksesais iaitu Timbalan Panglima Armada Timur, Laksma Mohd Norizal Fahrudin bersama kesemua yang terlibat.

“Perbincangan ini bagi memastikan warga Armada Timur cakna dengan input berguna yang dapat mendukung kepada kesiagaan selain mengekalkan momentum terbaik apabila menghadapi situasi tak terjangka,” jelas hantaran itu lagi.-airtimes.my

#TLDM #Sabah #ArmadaTimur #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply