Home Semasa801 anggota polis, RELA digerakkan ke kawasan banjir – KDN

801 anggota polis, RELA digerakkan ke kawasan banjir – KDN

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sejumlah 647 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 154 petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diatur gerak ke kawasan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, aset membabitkan 35 bot, 29 lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda turut digerakkan ke kawasan terjejas banjir.

“Tugas dan tanggungjawab KDN diketuai polis adalah berpandukan arahan Majlis Keselamatan Negara,

“Kekuatan anggota dan aset akan ditambah berdasarkan situasi bencana,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu menjelaskan, gerak kerja PDRM turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam masa yang sama, KDN turut menasihatkan seluruh rakyat di kawasan berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, berwaspada dan bertindak mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir,” ujarnya lagi. -airtimes.my

#semasa #airtimes #banjir #KDN #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply